Friday 30 November 2018

KanWork @ International Pathology Day Malaysia 2018


Putrajaya, 27 November 2018. Persatuan Kanser KanWork  telah menjalankan kempen kesedaran kanser di International Pathology Day Malaysia 2018 pada 26-27 November 2018 di Institut Kanser Negara dengan membuka booth pameran.  Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan sukarelawan KanWork yang telah menjayakan program ini.

Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti di Masjid Al-Mukminun, USJ 2


Subang Jaya, 24 November. Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Masjid Al-Mukminun, USJ2 telah menjalankan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Masjid Al-Mukminun, USJ2. Turut menjayakan program ini ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Di antara pengisian program ialah; (1) ceramah kesedaran kanser oleh Prof. Dr. Norlia Abdullah (Pakar Perunding Kanan, Surgeri Rekonstruktif Payudara, PPUKM), (2) sesi perkongsian pengalaman bersama 3 survivor kanser dan seorang carer, (3) pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN (ujian; glukosa, tekanan darah, indeks jisim tubuh, kolesterol, saringan kanser pangkal rahim, dan pemeriksaan klinikal payudara), (4) sembang diet oleh  Perunding Pemakanan, Dr. Suhaina Sulaiman, (5) pemeriksaan sendiri payudara, dan (6) pameran kesedaran kanser. Kempen ini telah dihadiri oleh 130 orang peserta. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

Thursday 29 November 2018

PEMBANGUNAN SUKARELAWAN KanWork


Putrajaya, 22 November 2016 : Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan aktiviti pembangunan sukarelawan khusus untuk sukarelawan melawat pesakit pada 22 November yang lalu.  Objektifnya adalah untuk memantapkan dan menambah baik peranan sukarelawan ketika melawat pesakit selain merapatkan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan sukarelawan. Terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat.





KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENASIHAT PERSATUAN KANSER KanWork



Serdang, 19 November : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah diadakan pada 19 November yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), Dr. Rohani Ibrahim (ahli/sukarelawan) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan dan terima kasih kerana YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah menerima pelantikan sebagai Penasihat KanWork. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini. 


Tuesday 27 November 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



Persatuan Kanser KanWork, 27 November 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, 1 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Ovari

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672.

Monday 26 November 2018

KanWork @ Melawat Pesakit Kanser di Hospital



Melawat pesakit kanser di hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering yang dijalankan oleh Persatuan Kanser KanWork. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sokongan emosi dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dalam usaha penyembuhan mereka. Sukarelawan KanWork melawat pesakit kanser di Hospital Putrajaya setiap hari Khamis. KanWork juga membuat lawatan pesakit di lain-lain hospital kerajaan dan swasta mengikut permintaan. Terima kasih atas kerjasama  hospital yang terlibat dan sukarelawan yang menjayakan program ini.




KanWork @ Program Anjuran Luar


Seri Kembangan, 12 November 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyertai beberapa program anjuran agensi lain seperti Putra Green Run 2018 (29 September di Universiti Putra Malaysia, anjuran UPM) dan Empowered's Lung Cancer Awareness Charity Run 2018 (11 November di Taman Metropolitan Kepong, anjuran EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia). Selain itu KanWork turut menjayakan program sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Antara program yang disertai adalah Living with Breast Cancer Carnival (2 Oktober di Beacon Hospital, anjuran Beacon Hospital), AVON Pink Light Mall Hunt (27 Oktober di Berjaya Times Square KL, anjuran AVON Cosmetics Sdn Bhd.), A Day of Creativity (27 Oktober di Wisma Yayasan Budi Penyayang, anjuran Yayasan Budi Penyayang), Aloha Pink Fitness Dance (28 Oktober di Pullman Putrajaya Lakeside, anjuran Breast Cancer Foundation), Caring Beyond Cancer 4.0 (28 Oktober di Palace of the Garden Horses, anjuran Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM) dan Batik Fun Walk 2018 (4 November di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan Budi Penyayang). Tahniah kepada penganjur dan terima kasih ahli serta sukarelawan KanWork yang menjayakan program. 



Thursday 15 November 2018

KanWork @ Hari Terbuka Psikologi 2018

Putrajaya, 8 November 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Hari Terbuka Psikologi 2018 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dengan membuka booth kesedaran kanser (pameran bahan pendidikan kanser). Terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan dan sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Wednesday 14 November 2018

KanWork @ Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu


Kuala Terengganu, 27 Oktober.  Persatuan Kanser KanWork telah turut menjayakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu (Pink Carnival 2018) anjuran Kelab Surgeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah. Di majlis tersebut Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah menjadi ahli panel forum “You are Not Alone, Lets Fight!”.  Sesi tersebut telah dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri dari orang awam, pesakit dan survivor kanser. Di karnival yang sama, 1300 peserta telah menyertai “Pink Run 2018”. Tahniah kepada pihak penganjur!