Wednesday 15 May 2019

KanWork @ Radiotherapy Welfare Fund





Petaling Jaya, 14 Mei 2019 : Persatuan Kanser KanWork  telah menghadiri pelancaran “RM3 Million Halcyon Radiotherapy Welfare Fund” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser mendapatkan rawatan radioterapi. Sila hubungi +6011-10906588 atau email: csr@beaconhospital.com.my untuk maklumat lanjut.

INFAK RAMADHAN KanWork 2019


KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan. 



Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.


Sumbangan online : MyGift2KanWork

Setiap sumbangan dikecualikan cukai. 

Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.

Terima kasih. 

Wednesday 8 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019



Persatuan KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk pembiayaan aktiviti KanWork


Sumbangan online :
MyGift2KanWork
(Dikecualikan cukai)

Sunday 5 May 2019

PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : NIKMAT SIHAT & CABARANNYA



Bandar Baru Bangi, 4 Mei 2019 :  Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi telah menganjurkan program tazkirah yang bertajuk “Nikmat Sihat & Cabarannya”. Tazkirah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Jamir Md Saad (Pensyarah Kanan Pengajian Islam, Kolej MARA Banting). Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam. Di antara pengisian tazkirah ialah nikmat sihat, hikmah di sebalik ujian Allah serta persediaan menghadapi Ramadhan. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.




Saturday 4 May 2019

KUNJUNG HORMAT BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)


Kuala Lumpur, 30 April : Satu lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork  ke Pejabat Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin telah diadakan pada 30 April yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), En. Wan Zamri Wan Ismail (Ahli Jawatankuasa) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah Awin atas pelantikan sebagai Pengerusi LPPKN yang baharu. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat dengan kanser. Ucapan terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Narimah di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini. 

Friday 3 May 2019

Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak

Kuching, 28 April 2019 Seramai 21 orang ahli dan sukarelawan Persatuan Kanser KanWork telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar KanWork ke Kuching, Sarawak pada 26 – 28 April 2019. Antara objektif program ini ialah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Society for Cancer Advocacy (SCAN) dan Persatuan Kanser Payudara Sarawak (SBCSG). Selain itu, peserta turut melawat tempat menarik di sekitar Kuching. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat  dalam menjayakan program ini.