Monday 24 December 2018

KanWork @ Penyerahan “Buku Al-Quran & Doa Penawar Pesakit Kanser” kepada Penaja

Petaling Jaya, 10 Disember 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyerahkan beberapa naskhah “Buku Al-Quran dan Doa Penawar Sakit Kanser” kepada YBhg. Dato’ Dr. Ibrahim bin Dato’ Hj. Abdul Wahid, Pengarah Perubatan & Perunding Klinikal Onkologi Beacon Hospital yang telah menaja percetakan buku ini. Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672.

Monday 17 December 2018

KanWork @ Targeted Therapy Welfare Fund for Breast Cancer


Petaling Jaya, 10 Disember 2018: Persatuan Kanser KanWork  telah menghadiri pelancaran “Targeted Therapy Welfare Fund for Breast Cancer” di Beacon International Specialist Centre yang disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Dana ini adalah inisiatif daripada Beacon Hospital dan Roche Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pesakit kanser payudara mendapatkan rawatan targeted therapy (Trastuzumab). Sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672 untuk maklumat lanjut. 

Tuesday 11 December 2018

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork



KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (qigong, walkathon) serta sosial (jamuan raya).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 3 risalah kanser dan membangunkan My Story 2.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (Persatuan KanWork) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan