Tuesday 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Friday 26 October 2018

KanWork @ TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away


Ampang, 13 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork  telah menyertai Program TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN), HCTM, PPUKM. KanWork diwakili oleh survivor dan sukarelawan. Tahniah kepada Team KanWork yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 

KanWork @Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM 2018


Persatuan Kanser KanWork  Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2018 telah diadakan pada 9 Oktober yang lalu. KanWork diwakili Dr. Mazanah Muhamad dan Pn. Asmah Salam telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Saat Anda  Disahkan Menghidap Kanser Payudara”. Selain forum, turut diadakan ialah Ceramah Kanser Payudara, senaman serta rawatan dan pencegahan. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM atas penganjuran seminar ini.

Tuesday 23 October 2018

KanWork @ World Cancer Congress 2018



Kuala Lumpur, 4 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai World Cancer Congress (WCC) 2018, anjuran The Union International Cancer Control (UICC) pada 1 hingga 4 Oktober di Kuala Lumpur Convention Centre. 3 ahli KanWork telah membuat pembentangan 6 kertas kerja yang merangkumi tajuk berkaitan Kesedaran Kanser di Komuniti, My Story, Peer Support, Peranan Pusat Sumber Kanser dan Program Pendidikan Kanser. Kertas  kerja ini adalah berasaskan bukti amalan (evidence based practice). KanWork ialah sebuah institusi yang berdaftar sebagai ahli UICC. Melalui kehadiran dan pembentangan kertas kerja di WCC ini, ahli KanWork telah dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan networking dengan lain-lain peserta (tempatan dan antarabangsa) yang terlibat. Pengalaman pembelajaran ini InsyaAllah akan dimanfaatkan dalam usaha memajukan KanWork.