Friday, 1 January 2021

HAPPY NEW YEAR 2021



Wishing you all the best in 2021! 

 

TERIMA KASIH!


Terima kasih atas doa, sokongan, kerjasama dan sumbangan kepada KanWork sepanjang 2020! 

 

Thursday, 31 December 2020

Meraikan 15 Tahun KanWork


Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan Majlis Meraikan 15 Tahun KanWork secara atas talian pada 20 Disember lalu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli/sukarelawan KanWork. Selain itu, ianya juga untuk ahli/sukarelawan berkongsi pengalaman suka duka sepanjang bersama KanWork. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. 






KanWork 15 Tahun !


Pejam celik, pejam celik. Alhamdulillah, KanWork sudah mencapai usia 15 tahun. Terima kasih atas doa, sokongan, kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada KanWork untuk membantu mereka yang terkesan dengan kanser!

Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat

Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Amanah Raya Berhad telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat secara atas talian pada 28 November lalu. Penceramah jemputan ialah Encik Mohamad Yazid Shuaib, Pengurus Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Kumpulan. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.

Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser

Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser secara atas talian pada 27 September yang lalu. Penceramah jemputan ialah YBhg. Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.