Persatuan Kanser KanWork, Bandar Baru Bangi, 8 Julai 2017. Satu majlis raya potluck
telah dijalankan oleh Qigong KanWork di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Majlis dimulakan
dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Mr. Eng Tian Pan. Terima kasih kepada
semua yang menjayakannya.
Monday, 17 July 2017
Friday, 23 June 2017
Monday, 5 June 2017
Friday, 2 June 2017
Pencapaian Program KanWork 2014-2016
Persatuan Kanser KanWork ditubuhkan bermatlamat untuk:
- Memberi pendidikan mengenai kanser kepada pesakit, survivor dan ahli keluarga (carer) terutamanya melibatkan aspek rawatan dan penjagaan serta survivorship.
- Memberi sokongan (peer support) kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga termasuk melawat pesakit di hospital dan di rumah serta melalui Helpline.
- Meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kanser kepada komuniti supaya dapat dikesan di peringkat awal.
- Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kepada penyakit kanser.
Graf dan jadual di atas menunjukkan Laporan Pencapaian Program KanWork bagi tahun 2014-2016. KanWork telah melaksanakan 5 program utama setiap tahun iaitu :
- Pendidikan
- Sosial dan Kebajikan Ahli
- Kesedaran
- Sokongan dan Lawatan Pesakit
- Pembangunan Sukarelawan
Berdasarkan graf dan jadual di atas, adalah didapati, program kesedaran Kanser merupakan program yang paling ramai dihadiri kerana program ini terbuka kepada orang awam termasuklah pesakit, survivor dan juga carer.
Manakala program pembangunan sukarelawan merupakan program yang hanya dibuka kepada sukarelawan aktif KanWork sahaja.
Friday, 26 May 2017
Tuesday, 23 May 2017
Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "MENANGANI CABARAN KETIKA SAKIT"
Persatuan Kanser KanWork Putrajaya, 20 Mei 2017. Program Pendidikan dan
Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" telah diadakan dengan
jayanya di Auditorium Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. Seramai 160 orang telah hadir terdiri dari
pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, sukarelawan
serta orang awam yang berminat.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman yang dibimbing
oleh Dr. Nor Filzatun Borhan. Semoga pengisian
sepanjang program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.
KanWork Cancer Society Putrajaya, May
20th, 2017. Program
Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika
Sakit" was
successfully held at Auditorium Hospital Putrajaya. The guest speaker was Prof.
Datuk Dr. Muhaya Mohamad. A total of 160 participants were present consists of
the patient, survivor, guardian (carer), doctors, volunteers and the public who
are interested.
The program
continued with the experience sharing session led by Dr. Nor Filzatun Borhan.
Hopefully this programme is beneficial to all the participants.
Thursday, 18 May 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)







