Thursday, 31 December 2020

Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat

Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Amanah Raya Berhad telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat secara atas talian pada 28 November lalu. Penceramah jemputan ialah Encik Mohamad Yazid Shuaib, Pengurus Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Kumpulan. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.

Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser

Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser secara atas talian pada 27 September yang lalu. Penceramah jemputan ialah YBhg. Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.

Peer Support KanWork 3/2020

Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 secara online pada 31 Oktober yang lalu. Program ini diadakan khusus untuk survivor bagi berkongsi pengalaman serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Mahadir Ahmad, Perunding Psikologi Klinikal, Program Psikologi Klinikal & Kesihatan Tingkah Laku, Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Sunday, 6 December 2020

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN 2020


SUMBANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK PELAKSANAAN PROGRAM SOKONGAN PESAKIT KANSER


Terima kasih di atas sokongan Tuan/Puan kepada Persatuan Kanser KanWork 😊🌹

Pencapaian KanWork 2020 seperti di bawah;



Pertanyaan: 


 

Friday, 27 November 2020

Peer Support KanWork 2/2020


Seri Kembangan, 27 November 2020. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 2 secara online pada 13 September yang lalu. Program ini diadakan khusus untuk penjaga pesakit kanser (caregiver) bagi berkongsi pengalaman serta mendapat sokongan emosi dan psikologi.  Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Meriam Omar Din, Kaunselor. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Tuesday, 27 October 2020