Tuesday, 13 April 2021
Friday, 9 April 2021
MAJLIS BACAAN YASIN KanWork
Majlis Bacaan Yasin KanWork bertujuan :
1. Menghadiahkan kepada ahli keluarga/sahabat yang telah pulang ke rahmat Allah.
2. Mendoakan kepada yang sedang/akan menjalani rawatan.
3. Memohon kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kanser & pandemik Covid-19.
4. Mengeratkan ukhwah
5. Menyambut kedatangan Ramadan Mubarak.
Semua ahli, sukarelawan, associate, rakan sokongan & lain-lain dijemput hadir.
Untuk penyertaan link dibawah: http://www.wasap.my/60172015817/BacaanYassin
Link Zoom akan diberikan selepas pengesahan pendaftaran.
Terima kasih.
Tuesday, 23 March 2021
MESYUARAT AGUNG KanWork KE 16
KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-16 di The Plot by Apadana Agro, MAEPS Serdang pada 21 Mac 2021. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir.
Monday, 22 March 2021
MARI BERKEBUN
KanWork telah menganjurkan Program Mari Berkebun di The Plot by Apadana Agro, MAEPS Serdang pada 21 Mac 2021. Antara kandungan program ialah kaedah penanaman tanaman herba serta pengurusan tanaman secara organik (pembajaan dan kawalan penyakit). Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Abas Mazni Othman. Terima kasih kepada semua peserta dan sukarelawan yang menjayakannya.
Kesedaran Kanser KanWork @Puspanita MPOB
Program Kesedaran Kanser KanWork di Mesyuarat Agung Puspanita MPOB ke 37 pada 19 Mac 2021. Dr. Nor Aniza Ali telah menyampaikan ceramah kesihatan tentang kanser di kalangan wanita. Terima kasih Puspanita MPOB atas jemputan ini.
Friday, 19 March 2021
Friday, 5 March 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)













