Monday, 31 July 2017

PEER SUPPORT KanWork 3/2017

Persatuan Kanser KanWork Seri Kembangan, 29 Julai 2017. Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit / survivor kanser serta penjaga (carer) / keluarga pesakit berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 10 peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, Kaunselor Psikologi.


KanWork Cancer Society Seri Kembangan, Julai 29th, 2017. A Peer Support KanWork session was held at Pejabat KanWork. The purpose of this session was giving opportunities for the patients / survivors, and caregivers (carer) / patient’s family sharing their experiences how they face the challenges of cancer. A total of 10 participants attended from various backgrounds cancer. Moderator for this session was Dr Meriam Omar Din, Physiological Counsellor.


Monday, 17 July 2017

Potluck Raya Qigong KanWork 2017 @ Bangi


Persatuan Kanser KanWork, Bandar Baru Bangi, 8 Julai 2017. Satu majlis raya potluck telah dijalankan oleh Qigong KanWork di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Majlis dimulakan dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Mr. Eng Tian Pan. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya. 


Friday, 2 June 2017

Pencapaian Program KanWork 2014-2016

Persatuan Kanser KanWork ditubuhkan bermatlamat untuk:
  • Memberi pendidikan mengenai kanser kepada pesakit, survivor dan ahli keluarga (carer) terutamanya melibatkan aspek rawatan dan penjagaan serta survivorship.
  • Memberi sokongan (peer support) kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga termasuk melawat pesakit di hospital dan di rumah serta melalui Helpline.
  • Meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kanser kepada komuniti supaya dapat dikesan di peringkat awal.
  • Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kepada penyakit kanser.

Graf dan jadual di atas menunjukkan Laporan Pencapaian Program KanWork bagi tahun 2014-2016. KanWork telah melaksanakan 5 program utama setiap tahun iaitu :
  1. Pendidikan
  2. Sosial dan Kebajikan Ahli
  3. Kesedaran
  4. Sokongan dan Lawatan Pesakit
  5. Pembangunan Sukarelawan

Berdasarkan graf dan jadual di atas, adalah didapati, program kesedaran Kanser merupakan program yang paling ramai dihadiri kerana program ini terbuka kepada orang awam termasuklah pesakit, survivor dan juga carer. 


Manakala program pembangunan sukarelawan merupakan program yang hanya dibuka kepada sukarelawan aktif KanWork sahaja. 

Tuesday, 23 May 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "MENANGANI CABARAN KETIKA SAKIT"






Persatuan Kanser KanWork Putrajaya, 20 Mei 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" telah diadakan dengan jayanya di Auditorium Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. Seramai 160 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, sukarelawan serta orang awam yang berminat.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman yang dibimbing oleh Dr. Nor Filzatun Borhan.  Semoga pengisian sepanjang program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.



KanWork Cancer Society Putrajaya, May 20th, 2017. Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Menangani Cabaran Ketika Sakit" was successfully held at Auditorium Hospital Putrajaya. The guest speaker was Prof. Datuk Dr. Muhaya Mohamad. A total of 160 participants were present consists of the patient, survivor, guardian (carer), doctors, volunteers and the public who are interested.


The program continued with the experience sharing session led by Dr. Nor Filzatun Borhan. Hopefully this programme is beneficial to all the participants.