Wednesday, 6 January 2021
Friday, 1 January 2021
Thursday, 31 December 2020
Meraikan 15 Tahun KanWork
Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan Majlis Meraikan 15 Tahun KanWork secara atas talian pada 20 Disember lalu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli/sukarelawan KanWork. Selain itu, ianya juga untuk ahli/sukarelawan berkongsi pengalaman suka duka sepanjang bersama KanWork. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
KanWork 15 Tahun !
Pejam celik, pejam celik. Alhamdulillah, KanWork sudah mencapai usia 15 tahun. Terima kasih atas doa, sokongan, kerjasama dan sumbangan yang diberikan kepada KanWork untuk membantu mereka yang terkesan dengan kanser!
Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat
Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Amanah Raya Berhad telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 3 : Pengurusan Wasiat secara atas talian pada 28 November lalu. Penceramah jemputan ialah Encik Mohamad Yazid Shuaib, Pengurus Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Kumpulan. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.
Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser
Seri Kembangan : Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Sembang KanWork Siri 2 : Pemakanan Pesakit Kanser secara atas talian pada 27 September yang lalu. Penceramah jemputan ialah YBhg. Prof. Dr. Zalilah Mohd Shariff, Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





