Friday, 25 June 2021
Hebahan Bual Bicara KanWork : PENGALAMAN POSITIF COVID-19
Tuesday, 22 June 2021
Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Pesakit Kanser
Bual Bicara
KanWork : Vaksin Covid-19 & Kanser
Seri Kembangan, 13 Jun 2021: Persatuan Kanser
KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 &
Kanser secara Online Zoom. Sesi yang
dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali ini membincangkan isu vaksin Covid-19 dan
kanser bersama pakar iaitu Prof. Dr. Nur Aishah Mohd Taib (PPUM), Prof. Dato’
Dr. Fuad Ismail (PPUKM) dan Dr. Aminudin Rahman Mohd Mydin (KPJ Damansara
Specialist). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan dan menyokong
program ini.
Friday, 11 June 2021
Bual Bicara KanWork : Vaksin Covid-19 & Kanser
Thursday, 13 May 2021
Tuesday, 4 May 2021
Bakul Ramadan KanWork 2021
Seri Kembangan: Projek Bakul Ramadan KanWork 2021 telah dijalankan yang bertujuan untuk memberi sumbangan barangan keperluan asas harian kepada ahli KanWork yang berada dalam kategori B40/asnaf. Bakul Ramadan adalah hasil sumbangan melalui Program Infak Ramadan KanWork 2021 dan telah diserahkan kepada 11 orang ahli KanWork. Terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga segala infak yang diberikan diberkati Allah. Infak Ramadan KanWork 2021 masih berlangung, untuk menyumbang boleh klik pada link : https://donate.kanwork.org . Semua sumbangan dikecualikan cukai.
Monday, 3 May 2021
Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021
Seri Kembangan: KanWork telah menerima jemputan dari Persatuan Kesihatan dan Kecergasan Putrajaya-Selangor untuk menyertai Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2021 bermula 15 Januari hingga 14 Febuari 2021. Seramai 20 ahli KanWork telah menyertai dan berjaya melengkapkan larian mengikut kategori yang dipilih. Aktiviti seperti ini dapat mengalakkan amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan ahli. Terima kasih kepada pihak penganjur, penaja serta ahli yang menjayakannya. Tahniah kepada penganjur atas penganjuran program ini.
Wednesday, 28 April 2021
Bual Bicara KanWork: Sejahtera Rohani
Sejahtera Rohani:
Seri Kembangan: KanWork telah menganjurkan Program Bual Bicara KanWork : Sejahtera Rohani pada 25 April 2021 secara atas talian. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu YBhg. Prof. Dr. Rohaizak Bin Muhammad (Pakar Perunding Pembedahan Endokrin & Payudara, UKMSC dan Ketua Pusat Islam UKM KKL) dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Saleh (Dekan Fakulti Syariah & Undang-Undang USIM). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.






