🔹️Saranan sebanyak 5 hidangan (serving) buah dan sayur iaitu 2-3 hidangan buah dan 3-4 hidangan sayur.
🔹️Umumnya buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber serat, vitamin, garam galian (mineral) dan fitokimia (antioxidant).
🔹️Bagi memaksimakan pengambilan fitokimia individu disaran menerapkan warna-warna berikut dalam diet harian mereka: merah, jingga/kuning, ungu/biru, hijau, putih/coklat.
🔹️Bagi pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi amat sukar untuk memenuhi saranan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kesan sampingan rawatan yang diterima contohnya : kurang selera makan, kurang/lemah deria rasa, mukositis, fatigue(keletihan yg teruk), demam.
Oleh itu keutamaan rawatan diet bagi pesakit-pesakit ini adalah untuk mereka makan.
🔹️Pengambilan buah dalam bentuk asalnya amat disarankan kerana ia juga memberikan rasa ‘satiety’/kenyang di samping khasiat yang tinggi seperti yang kita maklum. Namun tidak semua buah dapat dimakan dlm bentuk asal kerana pendedahan pada tanah (seperti jambu batu, jambu air, belimbing, strawberry, cherry, peach, plum, anggur) yang mengandungi bakteria.
Oleh itu buah-buahan tersebut perlu di tangguh pengambilan sepanjang rawatan.
🔹️Buah-buahan yg boleh dimakan dan di sarankan perlu yang berkulit kerana ia melindungi isi buah daripada bakteria. Kopek kulit sebaik sahaja untuk memakannya.
🔹️Bagi individu yang teringin meminum jus bolehlah membeli jus komersial dan cari yang kurang kandungan gula.
🔹️Sekiranya masih juga teringin utk membuat jus sendiri perlulah memastikan kebersihan dan keselamatan pembancuhan jus. Kopek kulit buah-buahan tersebut, gunakan air yang telah dimasak untuk bancuhan dan meminumnya dalam tempoh 2 jam.
🔹️Pengambilan buah & sayur dalam bentuk jus diminum dlm kuantiti yang banyak tidak di sarankan kerana ia akan mencetus kejadian diarea.
Diarea seperti ini bukanlah di sebabkan toksin tetapi kerana kandungan serat tidak larut yang tinggi yang berfungsi sebagai pelawas.
🔹️Sekiranya makan berlebihan sayur & buah semasa rawatan, individu akan rasa kenyang maka akan mengurangkan mengambil makanan lain seperti kanji (nasi/roti/mee/mihun/pasta/biskut) dan protein (ikan/ayam/telur) yang memberikan tenaga bagi menguatkan tubuh dan membina sel baru seterusnya menampung rawatan seterusnya.
🔹️Sayur yang dimakan perlulah dimasak sepenuhnya untuk mematikan bakteria. Sayur mentah atau salad atau ulam amat tidak di sarankan kerana masih ada bakteria walaupun ia dicuci bersih.
🔹️Vitamin C pada sayur-sayuran sememangnya akan hilang semasa proses memasak. Tetapi jangan risau kerana vitamin C yang hilang tu berada dalam kuah tersebut. Oleh itu makanlah kuah sayur tersebut.
*Secara umumnya fokus pemakanan semasa dalam rawatan kemoterapi adalah pengambilan makanan berkhasiat yang bersih dan selamat .*
Semoga maklumat tersebut dapat membantu dalam merancang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa dalam rawatan kemoterapi.
Terima kasih.
Dr. Suhaina S
Dietitian
No comments:
Post a Comment