Majalah MIDI keluaran April 2014, telah menampilkan Sukarelawan KanWork sebagai personaliti di dalam ruangan Profail Pesakit. Ikutilah kisah suka duka Puan Nor Aini semasa menjalani rawatan sebagai pesakit kanser.
Monday, 19 May 2014
Saturday, 17 May 2014
Ceramah Program Pembangunan Sukarelawan KanWork
17 Mei 2014, UPM Serdang. Bertempat di Fakulti Pertanian, UPM Serdang telah diadakan satu sesi ceramah Program Pembangunan Sukarelawan KanWork, bertajuk "Refueling KanWork Team : Challenging and Expending Team Capabilities". Ceramah telah disampaikan oleh Professor Dato' Dr.
Sheikh Omar Abdul Rahman, dari SOAR Consultant. Professor Dato' Dr. Sheikh Omar atau lebih mesra dipanggil 'Pak Sheikh' adalah seorang consultant, motivator, pemimpin dan educator yang sangat terkenal. KanWork sangat bertuah kerana Pak Sheikh dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran beliau dalam mengupas fungsi sukarelawan.
Antara inti pati yang dikongsikan adalah menjadi seorang sukarelawan adalah satu tugas yang barakah kerana sukarelawan memberi apa sahaja dari segi tenaga, buah fikiran dan masa. Ini adalah kebahagiaan yang abadi, berkekalan hingga ke syurga. Bertugaslah dengan niat yang ikhlas, kerana Allah taala untuk bertemu Allah di syurga. Ini adalah satu amanah menjadi tanggungjawab yang akan ditanya Allah di akhirat nanti. Lakukanlah tugas sukarelawan dengan penuh tanggungjawab, kesungguhan dan dengan kerelaan hati. Jangan jadi beban kepada Persatuan.
Sepertimana apabila ditanya apa makna PATRIOTISME? Boleh diterangkan dalam 2 ayat. (i)I Love Malaysia. Jika sayang, tunjukkan rasa sayang itu. Jika sayangkan KanWork, tunjuklah rasa sayang kepada KanWork. (ii)Rela berkorban untuk tanah tumpah darahku. Rela berkorban masa, tenaga untuk kejayaan KanWork. Satu sinonim yang mudah dan senang difahami.
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada Pak Sheikh. Audience sangat happy hari ini mendapat penghargaan dari Pak Sheikh. Kepada ahli KanWork yang hadir, terima kasih diucapkan. Pihak pengurusan KanWork memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program berlangsung. Semoga ilmu yang kita dapat hari ini dapat dimanfaatkan bersama demi kejayaan KanWork dan diri sendiri. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.

Subscribe to:
Posts (Atom)