Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Wednesday, 15 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019


KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan. 



Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.


Sumbangan online : MyGift2KanWork

Setiap sumbangan dikecualikan cukai. 

Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.

Terima kasih. 

Wednesday, 8 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019



Persatuan KanWork mengalu-alukan sumbangan/infak untuk pembiayaan aktiviti KanWork


Sumbangan online :
MyGift2KanWork
(Dikecualikan cukai)

Tuesday, 11 December 2018

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork



KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (qigong, walkathon) serta sosial (jamuan raya).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 3 risalah kanser dan membangunkan My Story 2.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (Persatuan KanWork) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Tuesday, 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Monday, 26 February 2018

Mesyuarat Agung KanWork ke-13





























Persatuan KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor, yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.

Tuesday, 2 January 2018

Sekalung Penghargaan daripada Persatuan Kanser KanWork


Persatuan Kanser KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan & kerjasama Tuan/Puan dalam menjayakan program tahun 2017 yg telah dimanfaati oleh 2130 peserta.

Kami mengalu-alukan sokongan berterusan Tuan/Puan.
Sumbangan dgn PELEPASAN CUKAI boleh dibuat secara online @ MyGift2KanWork (https://donate.kanwork.org). 

Pertanyaan lanjut sila hubungi 03-8940 8672 (Pejabat) atau  019-4640118 (Cik Hajar). 

Semoga infak Tuan/Puan diberkati & diredhai Allah.
Terima kasih ! 
Pencapaian Program KanWork 2017

Monday, 18 December 2017

KanWork Charity Fun Ride 2017


Serdang, 16 Disember 2017 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), oBike Malaysia, Persatuan Alumni MARDI Malaysia (MASMARDI), dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) telah menganjurkan program KanWork Charity Fun Ride 2017 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Program yang dihadiri 160 peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang penyakit kanser. Pelepasan peserta berbasikal disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor Universiti Putra Malaysia). Selain berbasikal sepanjang 4 km, aktiviti lain ialah picnic, cabutan bertuah dan pameran kanser. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Sunday, 9 April 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Cancer Recurrence" (Kanser Berulang)




SERDANG, 8 APRIL 2017 – Persatuan KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk “Cancer Recurrence”. Program di adakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Penceramah jemputan ialah Dr. Matin Mellor Abdullah, Pakar Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang kanser secara umum, kanser yang berulang (recur), faktor penyebab, rawatan, serta langkah pencegahan.

Seramai 120 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Program turut dihadiri oleh Matron Zurina Mohamad Isa yang mewakili Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Tuesday, 22 November 2016

Kempen Kesedaran Kanser KanWork (4K)

Pernu, Melaka 13 November 2016 (Ahad) - Persatuan KanWork dengan kerjasama AR Event Organizer (AREO), My Events International, Pantai Premier Pathology, Institut Darul Ridzuan (IDR), MBG Fruitshop, JKKK Bukit Pegoh/Kg. Bukit Larang, Masjid Al-Wathoni dan Rumah Mak Embun telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork (4K). Program yang berlangsung di Homestay Rumah Mak Embun ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Rosli Ismail (Pantai Premier Pathology), Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan, Teknik Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP), Sembang Diet, Pameran Kesedaran Kanser, Jualan Buku Kanser/Doa, Mini Spa, serta Jualan Amal. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Pernu, Melaka dan telah dihadiri seramai 120 orang. Turut hadir ialah Yang Berhormat Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik, Adun Telok Mas, Melaka. Terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

Pernu, Malacca, 13 November 2016 (Sunday)– KanWork in collaboration with AR Event Organizer (AREO), My Events International, Pantai Premier Pathology, Institut Darul Ridzuan (IDR), MBG Fruitshop, JKKK Bukit Pegoh/Kg. Bukit Larang, Masjid Al-Wathoni and Rumah Mak Embun organized KanWork Cancer Awareness Campaign (4K). The half day programme was filled with activities such as Talks on Cancer Awareness by Dr. Rosli Ismail (Pantai Premier Pathology), Sharing Experience With Survivors, Health Screening, Breast Self-Examination (BSE), Diet Talk, Cancer Awareness Exhibitions, Cancer/Doa book sales, Mini Spa, and Charity sale. This campaign received encouraging response from the community of Pernu, Melaka and attended a total of 120 people. Also present was YB Datuk Wira Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik, ADUN Telok Mas, Malacca. Thanks to those who have attended and participated in this programme.

Bengkel Pembangunan Sukarelawan KanWork

Melaka, 13 November 2016: KanWork telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Sukarelawan pada 11 hingga 13 November yang bertujuan untuk memantapkan dan memapankan Persatuan KanWork melalui penglibatan sukarelawan secara kolektif. Bengkel ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa serta sukarelawan KanWork yang berkaitan. Melalui bengkel ini juga, ia dapat menambahbaik kepimpinan sukarelawan dan pengurusan persatuan Kanwork; mengenalpasti strategi penjanaan dana yang bersesuaian untuk persatuan; serta merapatkan hubungan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan sukarelawan. Fasilitator bengkel ini ialah Dr. Mazalan Kamis.

Malacca, 13 November 2016 : Kanwork has organized a Volunteer Development Workshop, aimed to strenghten and sustain the society through volunteer involvement collectively. This workshop was attended by KanWork committe and related volunteers. The workshop was also meant to improve volunteer leadership and management of KanWork, identify the appropriate strategy for fund raising, and enhance the sense of belonging and the spirit of team work among volunteers. The session was facilitated by Dr. Mazalan Kamis.

Wednesday, 9 November 2016

Program Kempen Kesedaran Kanser KanWork (4K)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa KanWork akan mengadakan Program Kempen Kesedaran Kanser KanWork (4K) di Melaka untuk pada 13 Nov 2016 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 thgri. Pelbagai pengisian menarik menanti para peserta/pengunjung.  

Sehubungan itu Tuan/Puan serta ahli keluarga di jemput hadir bersama. Mohon jasa baik untuk menghebahkan program ini kepada semua rakan taulan yang  mungkin tinggal berdekatan dengan lokasi program untuk sama-sam amengambil manfaat di atas program yang bakal dianjurkan. 

Rujuk Flyers Program seperti di atas untuk maklumat lanjut.

Friday, 28 October 2016

KEMPEN KESEDARAN KANSER DI MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR



BANGSAR, 22 OKTOBER 2016 (SABTU) - Persatuan KanWork dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh YBhg. Prof. Madya (K) Dato’ Dr. Fuad Ismail, Pakar Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN (Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah, BMI, dan Ujian PAP Smear), Teknik Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP), Sembang Diet oleh  Prof. Madya Dr. Suhaina Sulaiman, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pameran Kesedaran Kanser, Jualan Buku Kanser/Doa, Mini Spa, serta Jualan Amal.
           Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kariah masjid dan komuniti di sekitar Bangsar. Program ini telah dihadiri seramai lebih kurang 130 orang.  Terima kasih kepada Jawatankuasa kerja, sukarelawan KanWork, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (PERWIBA) serta semua pihak yang menjayakan program ini. 
CANCER AWARENESS CAMPAIGN, MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR

BANGSAR, 22 OCTOBER 2016 (SATURDAY)– KanWork  in collaboration with Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar organized Cancer awareness campaign. The half day programme was filled with activities such as Talks on Cancer Awareness by YBhg. Assoc. Prof. (K) Dato' Dr. Fuad Ismail, Oncologists, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC), Sharing Experience With Survivors, Health Screening (glucose, cholesterol, blood pressure BMI, PAP Smear Test), Breast Self-Examination (BSE), Diet Talk by Assoc. Prof. Dr. Suhaina Sulaiman (UKM), Cancer Awareness Exhibitions, Cancer/Doa book sales, Mini Spa, and Charity sale.
           This campaign received encouraging response from the community of Bangsar and attended a total of approximately 130 people. Thanks to those who have attended and participated in this programme.

Thursday, 6 October 2016

WALKHATON KANWORK 2016 : BERIADAH BERAMAL

 
24 September 2016 (Sabtu), Taman Botani, Putrajaya. Persatuan kanWork. Dengan bertemakan “Beriadah. Beramal, program Walkhaton KanWork 2016 telah berlansung dengan meriah dan jayanya. Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor Kanser serta keluarga, para sukarelawan kanser dan orang awam telah sama-sama hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser, menggalakkan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat, menjana dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyokong pesakit kanser serta meraikan Sambutan 10 tahun penubuhan KanWork. Aktiviti –aktiviti menarik yang turut diadakan ialah pameran kesedaran kanser, sembang-sembang bersama pakar pemakanan, perkongsian bersama survivor kanser, gerai jualan, persembahan nyayian oleh busker, photo booth dan aktiviti kanak-kanak (bersama badut) serta Pertandingan Penajaan Peserta Terbanyak. Sempena sambutan 10 tahun KanWork, acara melepaskan belon turut diadakan di mana nama-nama ahli KanWork yang telah meninggal dunia diikat pada belon dan dilepaskan ke udara sebagai simbolik memperingati pemergian insan yang tersayang. 
Walkhaton KanWork 2016 sesungguhnya telah berjaya menjadi satu platform untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli, membolehkan para pesakit/survivor dan ahli keluarga serta anggota masyarakat bersosial dan beriadah bersama-sama ke arah cara hidup yang lebih sihat dan berkualiti. 

Monday, 27 June 2016

Tazkirah Ramadhan

Putrajaya, 11 Jun 2016 (Sabtu). Persatuan KanWork. Satu program tazkirah Ramadhan yang bertajuk “Hikmah Ramadhan” telah di adakan di Auditorium Hospital Putrajaya. Tazkirah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Abdullah Yasin, seorang pendakwah dan penceramah bebas. Peserta yang hadir terdiri dari survivor kanser, sukarelawan, carer (penjaga), serta orang awam yang berminat. Di antara pengisian tazkirah Ramadhan ialah setiap manusia yang diberi ganjaran oleh Allah SWT itu perlu sabar. Kumpulan orang-orang yang masuk Syurga tanpa dihisab ialah golongan orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Setiap manusia itu diwajubkan berpuasa pada yang mampu dan perlu memperbanyakkan amalan ibadat di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Semoga tazkirah ini bermanfaat kepada semua yang hadir.

Friday, 3 June 2016

Tazkirah Ramadhan - 'Hikmah Ramadhan'


Kesedaran Awam: Kempen Kesedaran Kanser


Persatuan Kanser KanWork, Sepanjang Mei 2016, Persatuan KanWork telah mengadakan 4 Kempen Kesedaran Kanser iaitu pada 8 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion Alumni NCSU, pada 13-15 Mei 2016 di Masjid Putra, Putrajaya semasa Program Bersama Kariyah Masjid Putra, pada 15 Mei 2016 di Masjid Kinrara, Puchong semasa Program Bersama Kariyah masjid Kinrara dan pada 22 Mei 2016 di Maeps, Serdang semasa Program Reunion 40TDK UPM.  

Melalui aktiviti ini, pengunjung boleh menyedari bahaya kanser dan mengetahui bagaimana penyakit ini dapat dielakkan atau diubati. Antara lain, pengunjung juga boleh mendapatkan bahan bacaan mengenai penyakit kanser, tunjuk ajar PSP (pemeriksaan sendiri payudara), risalah berkaitan pengesanan awal kanser, dan sokongan daripada sukarelawan yang bertugas di mana sukarelawan juga merupakan kanser survivor. Melalui 4 program ini, seramai 190 pengunjung telah datang ke gerai pameran KanWork.