Showing posts with label Sokongan. Show all posts
Showing posts with label Sokongan. Show all posts

Saturday, 19 September 2020

KanWork Stay @Home: CERITA KAMI - Siri 79

Siri 79: PEER SUPPORT ONLINE

Pesakit/survivor serta penjaga sentiasa mencari medium seperti kumpulan sokongan (support group) untuk berkongsi pengalaman dalam menghadapi cabaran kanser. KanWork menganjurkan kumpulan sokongan melalui program Sesi Peer Support yang dikendalikan oleh pakar psikologi atau kaunselor.

Kebiasaannya sesi ini dilaksanakan secara bersemuka. Oleh kerana PKP, sesi tersebut dijalankan dengan ‘mode’ yang berbeza, iaitu secara dalam talian (online Zoom). Pada permulaan, rasa gusar juga. Bimbang tiada penyertaan, bimbang tidak mencapai objektifnya.

Alhamdulillah, setakat ini KanWork telah berjaya mengadakan dua sesi dengan sambutan yang menggalakkan dari peserta. Majoriti memberi maklumbalas positif. Antaranya:

• “Program you all sangat awesome!”(Puan R).
• “Mendapat input yang baik dengan mendengar pengalaman peserta dan pandangan atau nasihat moderator” (Puan K).
• “Perkongsian ilmu, membuka minda positif, motivasi diri dan mendapat rakan baru” (Puan S).
• “… mempelajari pelbagai info penting untuk kendalikan emosi pesakit cancer” (Puan H).
• “Moderator sangat bagus mengendalikan peserta secara Zoom” (Puan F).
• “Moderator handled the session beautifully, focussing on the carers, a lot to share and express” (Puan Z)
• “… dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang baru” (Encik J)
• “… banyak membantu memberi kefahaman, isteri saya turut menonton” (Encik F)

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Insyaallah, Sesi Peer Support akan kembali lagi. Jom sertai!

Tuesday, 15 September 2020

Peer Support KanWork 1/2020

Seri Kembangan, 23 Ogos 2020. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 1 secara online. Program ini diadakan untuk pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. Sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.


Tuesday, 29 October 2019

KanWork Charity Hi-Tea 2019


SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork. 




Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.

Persembahan tarian oleh Survivor KanWork
DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. 

Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :

Wednesday, 17 July 2019

MAJLIS JALINAN AIDILFITRI KanWork 2019



Serdang, 13 Julai 2019 : Majlis Jalinan Aidilfitri KanWork telah dihadiri lebih kurang 120 orang tetamu yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, sukarelawan dan rakan kongsi. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir serta memeriahkan majlia dan semua pihak yang menjayakan majlis ini. 






Thursday, 2 August 2018

PEER SUPPORT KanWork 3/2018


Seri Kembangan, 28 Julai 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi & psikologi. Seramai 11 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Meriam Omar Din, seorang kaunselor psikologi berpengalaman. Sesi Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 3 November 2018.