Tuesday, 19 February 2019

Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti @ Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa

Sri Sentosa, Kuala Lumpur, 16 Februari - Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Masjid Al-Imam At-Tirmizi Sri Sentosa, MAKNA dan Beacon International Specialist Centre telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork bersama Komuniti pada 16 Feb yang lalu. Di antara pengisian program ialah (1) Saringan Mamogram (Digital Mobile Mamogram) dan Pemeriksaan Klinikal Payudara oleh MAKNA, (2) Saringan Kesihatan oleh Beacon International Specialist Centre, (3) Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Perunding Perubatan Onkologi, Beacon International Specialist Hospital), (4) Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, (5) Sembang Diet oleh  Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar Diet), serta (6) Pameran Kesedaran Kanser. Kempen ini telah dihadiri seramai 200 orang dan telah mendapat liputan daripada Wanita Hari Ini TV3. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

#WorldCancerDay2019
#iamandiwill

Friday, 8 February 2019

KanWork @ Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Kuala Lumpur, 30 Januari, 2019 - Persatuan Kanser KanWork telah membuat lawatan tidak rasmi ke Pusat Sumber Kanser Payudara dan Jabatan Onkologi Klinikal PPUM yang bertujuan untuk merapatkan kerjasama dalam usaha menyokong pesakit kanser. KanWork telah menyerahkan beberapa naskah penerbitan persatuan ini seperti buku doa, brosur kanser & "My Story".





Sunday, 3 February 2019

KanWork @ 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019


Putrajaya, 29 Januari 2019 - Persatuan Kanser KanWork  telah dijemput untuk sesi Forum Bersama Wakil Breast Cancer Support Groups Malaysia bersempena dengan program 6th Malaysia Breast Care Nurse Workshop 2019 di Institut Kanser Negara. Selain KanWork, forum ini turut disertai oleh Yayasan Budi Penyayang, Amanita, Breast Cancer Welfare Association dan Breast Cancer Foundation. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya atas penganjuran program ini.