Monday, 30 March 2020
Info @ KanWork : Sugar Cravings
Adakah anda mengalami 'sugar cravings?'
Jom kita baca informasi dari Dietitian.
Sesetengah individu mempunyai ‘sugar cravings’ manakala ada juga yang memang suka makan pencuci mulut/’desserts’ yang manis-manis.
‘Sugar cravings’ ini hanya ada pada waktu tertentu sahaja disebabkan oleh hormon.
Apabila datangnya 'craving' manis ini memang sukar untuk individu mengawal ‘perasaan’ tersebut. ‘Craving’ manis ini kebiasaannya adalah terhadap pastri/pudding/kek, individu boleh mengambilnya tetapi dalam jumlah yang sedikit. Perlu mengawal diri untuk tidak makan dengan rakus. Makanan itu dipotong pada saiz kecil dan makan menggunakan garfu.
Kaedah ini seperti kita ‘tipu’ deria rasa kita, nampak seperti boleh makan dengan banyak dan kerap.
Untuk pencuci mulut atau ‘desserts’, kita ada dua pilihan:
1. Pastri/Puding/Kek/Biskut Manis (cookies)
- Rasa sedap disebabkan oleh kandungan lemak yang ada di dalamnya
- Mempunyak kandungan kalori, lemak dan gula yang tinggi
- Perlu dikurangkan pengambilan kerana ia akan meningkatkan berat badan. Ia juga akan meningkatkan aras gula dalam darah pada individu diabetis.
2. Buah-buahan
- Rasa manis buah bergantung pada tahap masak sesuatu buah tersebut.
- Buah-buahan mempunyai serat yang tinggi, rendah gula rendah lemak dan rendah kalori.
- Ia sumber vitamin & mineral
- Ia kaya dengan kandungan antioksidan yang melindungi tubuh.
Bagi survivor kanser yang suka mengambil pencuci mulut yang manis, amat disarankan untuk diselang selikan dengan buah-buahan. Contohnya dalam seminggu 5-6 kali buah-buahan.
Umumnya pilihan yang disarankan adalah pengambilan buah-buahan sebagai pencuci mulut kerana ia kaya dengan antioksidan yang melindungi tubuh survivor kanser.
Dr. Suhaina S
Dietitian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment