Siri 7: TAUGEH
Di program KanWork “Tanaman Microgreen” satu demonstrasi cara membuat taugeh telah dijalankan. Teruja mereka yang hadir! Semenjak PKP, beberapa orang ahli telah berkongsi pengalaman mereka membuat taugeh.
Cara-cara membuat taugeh:
1. Pilih kacang hijau yang elok.
2. Basuh & rendam kacang di dalam bekas selama 8 – 9
jam.
3. Tapis kacang hijau.
4. Letakkan kacang hijau di dalam bekas yang di alas
dengan kain.
5. Tutup bekas dengan menggunakan kain berwarna gelap. 6. Letakkan di tempat yang gelap.
7. Siram setiap 3-4 jam sehari & tapis. Jika air bertakung di
dalam bekas, taugeh akan mengeluarkan akar yang
panjang.
8. Dalam 3 – 5 hari akan menampakkan hasilnya.
9. Keluarkan taugeh dari bekas, bersihkan akar.
10.Pastikan anda basuh dahulu sebelum memasak.
Tips membuat taugeh:
1. Tutup dengan kain yang gelap untuk mengelakkan
cahaya. Taugeh akan menjadi putih.
2. Siram taugeh 3 – 4 kali sehari untuk mendapatkan hasil
yang baik
3. Beli kacang hijau yang besar untuk mendapatkan taugeh
yang besar
4. 1 kilogram kacang hijau dapat menghasilkan 6 – 7
kilogram taugeh.
5. Jika pertama kali mencuba, sebaiknya hanya gunakan 1
cawan air.
Selamat mencuba!
Showing posts with label Microgreen. Show all posts
Showing posts with label Microgreen. Show all posts
Sunday, 19 April 2020
Monday, 13 April 2020
Projek KanWork Stay @Home : Siri 1
Siri 1 : Tanaman Microgreen Sawi Organik
Sempena minggu Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) ini, pelbagai aktiviti yang boleh kita dilakukan. Untuk minggu ini, kami kongsikan tananam microgreen sawi organik yang dibuat oleh ahli KanWork. Projek bermula pada Disember 2019 dan sekarang kita nikmati hasilnya.
Semoga bermanfaat & jumpa lagi di Siri Projek KanWork Stay @Home yang seterusnya!

Subscribe to:
Posts (Atom)