Pada 2 - 4 November 2014, seramai 17 orang ahli KanWork telah menghadiri Bengkel Sukarelawan Cemerlang yang diadakan di Fox Hill Resort, Langkawi.
Kedatangan kami ke sana telah disambut oleh tuan punya resort, Pn. Sharifal Maria Alfa di Airport
Langkawi.
|
Tuan rumah, Pn. Sharifah Maria |
|
Guest house, Rumah Alfa |
|
Rumah Suria |
|
Pemandangan indah dari Rumah Pokok. |
|
Sungguh kagum melihat keindahan pemandangan yang hijau. Bertepatan dengan objektif kami ke Langkawi untuk berbengkel. Semoga objektif berikut dapat dicapai :
- Merancang strategi dan pendekatan yang lebih berkesan bagi memandapkan lagi KanWork.
- Merapatkan hubungan, meningkatkan semangat kekitaan dan semangat kerja berpasukan dikalangan para sukarelawan.
- Meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas sebagai sukarelawan yang komited.
- Meningkatkan kesihatan dan penyembuhan dikalangan sukarelawan.
Aktiviti hari pertama bermula jam 8.00 malam, setelah usai makan malam. Sesi pertama bermula dengan....
- Selamat datang dan Doa Selamat
- Taklimat Bengkel dan Akujanji
- KanWork : status terkini
- Pembentangan status pelaksanaan inisiatif - Penjanaan Dana, Lawatan ke wad dan Pusat Sumber Kanser (PSK)
- Persediaan Program Kesedaran di Hospital Langkawi
|
Sesi Pertama bermula. |
Tamat sudah hari pertama Bengkel. Esok, satu lagi hari yang sibuk menanti para peserta. Have a good sleep, enough rest and sweet dream. Mimpi yang indah di Fox Hill.
Hebat! Kalaulah saya dapat melibatkan diri dalam aktiviti Kanwork alangkah baiknya. Apa kan daya buat masa ini memang tidak boleh... Teruskan perjuangan ahli-ahli yang cemerlang!
ReplyDelete