|
Sebelum program bermula |
BANDAR BARU BANGI, 13 Disember 2013. KanWork telah dijempat untuk mengadakan satu sesi perkongsian kesedaran barah payudara oleh KLIA Travel bertempat di Wisma KLIA, Bandar Baru Bangi jam 12.30 hingga 2.30 petang. Sesi ini adalah anjuran Kelab KLIA Travel bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai barah payudara, cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan perkongsian pengalaman dari kalangan kanser survivor kepada kakitangan wanita. Seramai lebih kurang 30 orang kakitangan KLIA Travel telah menghadiri sesi ini. KanWork diwakili oleh Pn. Asmah Salam, Pn. Wan Hanisah Wan Omar, Pn. Nor Aini Mad Zin, Pn. Safinaz Jaafar dan Cik Mahfuzah Kamaruzaman. Kami dari KanWork mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan. Diharap program seperti ini dapat diadakan lebih kerap untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal kepada orang awam mengenai barah payudara.
|
Pn Asmah dan Pn Nor Aini semasa sesi perkongsian pengalaman. |
|
Antara kakitangan KLIA Travel yang hadir. |
No comments:
Post a Comment