Monday 17 March 2014

AGM KanWork ke-9

15 Mac 2014, KAJANG. Satu Mesyuarat Agung Tahunan KanWork Ke-9 (AGM Ke-9) telah diadakan pada 15 Mac 2014, Sabtu jam 8.30 pagi - 12.30 petang bertempat di Surau Pusat An-Nur Country Height, Kajang. Mesyuarat Agung Tahunan ini telah dihadiri seramai 30 ahli.

Majlis dimulakan dgn bacaan doa daripada En. Badrulhaisham dan diikuti dengan ucapan aluan daripada Pengerusi KanWork, Prof. Mazanah Muhamad seterusnya membentangkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Bagi laporan aktiviti persatuan 2013 telah dibentangkan oleh Setiausaha Agung iaitu Pn Mariana Mohd Yusoff serta laporan kewangan 2013 pula dibentangkan oleh Tuan Haji Mohamad Nooh, selaku Bendahari.

Setelah mesyuarat selesai, ahli jawatan kuasa (AJK) sesi 2012/2014 dibubarkan secara rasmi bagi memberi laluan kepada penamaan calon-calon baru sesi 2014/2016. Proses pencalonan dan pelantikan barisan AJK baru ini, telah diambil alih oleh YBhg Dato’ Saleha Dato’ Ibrahim.

TAHNIAH ! Kepada barisan AJK KanWork Sesi 2014/2016 dan telah dilantik sebulat suara oleh ahli yang hadir. Selamat menjalankan tugas dengan dedikasi. Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa:

Pengerusi : Prof Mazanah Muhamad
Timbalan Pengerusi : Datin Dr. Norazizah Mohd. Taib
Setiausaha : Pn. Mariana Mohd Yusoff
Timbalan Setiausaha : Pn. Safinaz Jaafar
Bendahari : Pn. Amira Tong Abdullah
Timbalan Bendahari : Pn. Norma Muhamad
Senarai AJK
Pn. Hamsiah Ahmad
Pn. Umi Purwati Sunoto
Pn. Wan Hanisah Wan Omar
Dr. Shahrul Fazry
En. Badrulhaisham Shamsuddin
Pn. Noriahan Jamaludin
Cik Aida Maskor
Cik Adibah Hassan Norhadi
Pn. Nadirah Salvador
Juruaudit
Tn. Haji Mohamad Nooh Hassan
Pn. Hajjah Ramlah Muhamad

Turut memeriahkan majlis AGM Ke-9 ini adalah sesi 'Stylishta' (Demo Teknik Pemakaian Tudung) oleh Cik Amirah yang dijemput khas dari Shawlbyvsnow. Terima kasih kepada ahli yang setia menunggu sehingga tamat sesi.
















Terima kasih kepada ahli KanWork yang telah meluangkan masa menghadiri majlis AGM Ke-9 ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi – tinggi penghargaan buat tuan rumah, Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) kerana sudi menyediakan tempat dan kemudahan yang agak selesa. Terima kasih juga kepada Puan Laila Hassan dan Dr Nora menguruskan logistik AGM.


Tidak lupa penghargaan kepada pihak Catering Rahsia Citarasa Istimewa, Datin Nur Rafidah Kamaruddin kerana menyediakan juadah makan tengah hari yang amat membuka selera.

Kami, AJK Pelaksana memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang berlangsungnya AGM Ke-9 ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The 9th annual general meeting was held on Saturday, 15 March 2014, 8.30am to 12.30pm at Surau Pusat An-Nur, Country Height, Kajang, attended by 30 KanWork members.

The meeting was started with prayer recitation by En. Badrulhaisham followed by an opening speech by KanWork chairperson, Prof. Mazanah Muhamad. She then tabled the last year’s minutes of meeting. 

KanWork activity report for 2013 has been tabled by KanWork Secretary, Pn Mariana Mohd. Yusoff while financial report has been tabled by Tuan Haji Mohd.Nooh, the treasurer.
 
The 2012/2014 committee has been dissolved after the meeting was concluded to give way for new 2014/2016 committee nomination. Nomination process has been chaired by YBhg Dato’ Saleha Dato’ Ibrahim.

Congratulation! To the new KanWork committee for 2014/2016 session which have been selected unanimously. Good luck for the responsibility ahead and work with dedication.

Below is the list of committee members for 2014/2016:

Chairperson              :    Prof Mazanah Muhamad
Vice Chairppersion   :    Datin Dr. Norazizah Mohd. Taib
Secretary                   :    Pn. Mariana Mohd Yusoff
Vice Secretary           :    Pn. Safinaz Jaafar
Treasurer                   :    Pn. Amira Tong Abdullah
Vice Treasurer           :    Pn. Norma Muhamad

Committee members:
Pn. Hamsiah Ahmad
Pn. Umi Purwati Sunoto
Pn. Wan Hanisah Wan Omar
Dr. Shahrul Fazry
En. Badrulhaisham Shamsuddin
Pn. Noriahan Jamaludin
Cik Aida Maskor
Cik Adibah Hassan Norhadi
Pn. Nadirah Salvador

Auditors:
Tn. Haji Mohamad Nooh Hassan
Pn. Hajjah Ramlah Muhamad


Not forgetting, a big thank you for Rahsia Citarasa Istimewa Catering, Datin Nur Rafidah Kamaruddin for preparing a good lunch meal. We, the working committee would like to apologize for any shortcoming during the 9th KanWork AGM.
Special thanks to all KanWork members who spent times for the AGM. A great appreciation to Pusat An-Nur Country Height (SPANCH) for providing a comfortable meeting venue. Thank you also to Puan Laila Hassan and Dr.Nora for organizing logistic preparation.

No comments:

Post a Comment