Antara ahli yang hadir. |
09 Mac 2014, PUTRAJAYA. Satu Forum Kesihatan Awam anjuran IKN (Institute Kanser Negara) yang diberi nama Thyroid Cancer Awareness 2014 telah diadakan pada 09 Mac 2014, Ahad jam 8 pagi - 2 petang bertempat di Auditorium IKN, Putrajaya. Forum ini telah dihadiri seramai lebih 350 orang pendengar dari kalangan kakitangan Hospital, orang awam, survivor kanser termasuk 10 orang wakil dari KanWork iaitu Pn Nor Aini Mad Zain, Pn Che Zarinah, Pn Wan Hanisah, Pn Hajah Rokiah, Pn Hajah Arbaaiyah, Pn Radziah, En. Ridzuan, Pn Umi Purwati, Pn Rozila dan Cik Mahfuzah.
Seramai 5orang penceramah jemputan dari Hospital Putrajaya yang terdiri daripada Pakar Perunding Pembedahan,
Pakar Patologi, Pakar Perunding Psikiatrik, dan Physiotherepist telah memberikan ceramah mereka. Diantara
tajuk-tajuk forum yang dibincangkan adalah Overview Of Thyroid Cancer In Malaysia, Understanding Pathology Of
Thyroid Cancer, Psychological Aspects In Patients With Thyroid Deseases, Challanges In Management Of Thyroid
Problems In Children, dan juga Physioteraphy In Thyroid Cancer.
Terima kasih kepada ahli KanWork yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ilmu ini. Tidak lupa juga ucapan setinggi – tinggi penghargaan buat tuan rumah, IKN (Institute Kanser Negara), Persatuan Pakar Perubatan Hospital Putrajaya dan Jabatan Pengurusan Hospital Putrajaya kerana sudi mengundang KanWork untuk turut serta didalan forum anjuran mereka ini. Semoga dimasa-masa akan datang, program berguna seperti ini dapat sambutan yang lebih menggalakkan di kalangan ahli KanWork.
Hi! i was recently diagnose for Thyroid cancer, tomorrow is my second operation in Putra Jaya Hospital. Do you have any support group which i can also join, to gather info and advice.
ReplyDelete