Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia,
Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK
2. Berhubung dengan perkara di atas, kami dari Persatuan Kanser
NetWork Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan rasa rendah diri
ingin memohon sumbangan sama ada berupa wang zakat, sedekah atau derma dari
pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan sebagaimana firman Allah :
Sesiapa
yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah
melipat-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan
(rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. (Al-Baqarah:
245)
3. KanWork merupakan sebuah kumpulan sokongan (NGO) yang
menjalankan aktiviti mendampingi komuniti (outreach) bagi memberi kesedaran,
menyampaikan maklumat dan memberi sokongan kepada para pesakit, ahli keluarga
dan anggota masyarakat berkaitan penyakit kanser.
4. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan sebahagian besar (95%) ahli
KanWork adalah pesakit/survivor Kanser. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh
KanWork adalah:
- Memberi sokongan rakan sebaya (peer support) kepada pesakit/survivor Kanser dan ahli keluarga
- Melawat pesakit di wad.
- Melawat pesakit di rumah
- Memberi kesedaran kesihatan dan pencegahan kanser kepada komuniti
- Mengadakan aktiviti riadah dan sosial
- Memberi sokongan kepada pesakit/survivor di Pusat Sumber Kanser (di beberapa hospital)
5. Bagi menjayakan aktiviti – aktiviti yang dirancang, pihak
kami amat memerlukan sumber kewangan
yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan dan keperluan. Oleh itu,
sumbangan daripada Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan sangat
dialu-alukan. Semua sumbangan akan
diberikan pelepasan cukai pendapatan (No rujukan :
LHDN.01/35/42/51/179-6.5996).
6. Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam
akaun di bawah:
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (bagi derma/sumbangan/sedekah)
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH
PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 8601945901
BANK ISLAM (bagi zakat)
PERSATUAN KANSER NETWORK
SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 12029010069530
7. Maklumkan kepada pihak kami seperti nama di bawah melalui
emel /SMS / telefon/whassap untuk kami poskan resit /surat pelepasan cukai
(sekiranya diperlukan) dengan menyatakan nama, alamat lengkap dan no telefon :
i.
Pn
Nur Amirah Tong Abdullah (Bendahari KanWork)
019-2168125
ii.
Pn Norma
Muhamad (Penolong Bendahari KaWork)
012-6651372
8. Sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan
amatlah kami hargai. Semoga Allah S.W.T memberkati jasa baik dan keprihatinan
Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ /Datin /Tuan /Puan terhadap mereka yang
memerlukan. Sekiranya Y. Bhg Tan Sri/ Puan Sri /Dato’/Datin /Tuan /Puan
memerlukan maklumat lanjut berkaitan persatuan kami, sila layari blog kami di KanWork.blogspot.com.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Yang benar,
(MARIANA MOHD YUSOFF)
Setiausaha
Persatuan Kanser
NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork)
No comments:
Post a Comment