Showing posts with label Sumbangan. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan. Show all posts

Monday, 5 October 2020

KanWork TERIMA SUMBANGAN PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN

Bangsar, 23 September 2020 Persatuan Kanser KanWork mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN sempena Sumbangan Malam Amal PELITAWANIS TNB 2020. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Roslina Zainal (Ahli Lembaga Pengarah, TNB). Hadir bersama YBhg. Datin Seri Aidah Abu (Yang Di Pertua, PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN) dan barisan Ahli Jawatankuasa PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN.
Kami hargai keprihatinan dan sokongan PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN kepada yang memerlukan. InsyaAllah, sumbangan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk pelaksanaan aktiviti bagi menyokong mereka yang terkesan dengan kanser.

Friday, 15 May 2020

KanWork TERIMA SUMBANGAN PELITAWANIS

Bangsar, 14 Mei 2020 : Persatuan Kanser KanWork mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN dari Tabung Kilat Covid-19. Cek sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Wira Ungku Ashiela Ungku Hamzah (Timbalan Yang Di Pertua 2 PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN). Kami hargai keprihatinan PELITAWANIS TNB KEBANGSAAN kepada yang memerlukan. Insya Allah sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk menyokong mereka yang terkesan dengan kanser. 

Tuesday, 10 December 2019

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork


Persatuan Kanser KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (Senaman QiGong) serta sosial (Jamuan Raya, Charity Hi-Tea).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 1 risalah kanser dan membangunkan 2 buah buku.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

Bilangan Peserta Program 2019
KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (kanwork.official) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Wednesday, 15 May 2019

INFAK RAMADHAN KanWork 2019


KanWork mengalu-alukan infak/sumbangan Tuan/Puan. 



Infak Ramadhan ini merupakan salah satu fund raising KanWork untuk menampung kos pengurusan dan aktiviti persatuan.


Sumbangan online : MyGift2KanWork

Setiap sumbangan dikecualikan cukai. 

Semoga infak/sumbangan Tuan/Puan diredhai Allah.

Terima kasih. 

Tuesday, 11 December 2018

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork



KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (qigong, walkathon) serta sosial (jamuan raya).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 3 risalah kanser dan membangunkan My Story 2.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (Persatuan KanWork) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Tuesday, 30 October 2018

KanWork @Wear It Pink, Pantai Hospital Kuala Lumpur


Shah Alam, 21 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kanser Payudara “Wear It Pink” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sepanjang Oktober ini. Salah satu aktiviti yang diadakan ialah Charity Golf Tournament Tee Off di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah untuk menjana dana daripada program ini. Dana yang telah dijana diberikan kepada 3 persatuan yang terpilih. Persatuan Kanser KanWork merupakan salah satu persatuan yang menerima sumbangan ini. Pihak KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. Semoga sumbangan yang diterima ini dapat dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti untuk mereka yang terlibat dengan kanser. 

Thursday, 21 December 2017

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK PERSATUAN KanWork

Cara membuat sumbangan untuk Persatuan KanWork

Pencapaian Program KanWork 2017
MEMOHON SUMBANGAN  (dengan Pelepasan Cukai) UNTUK PERSATUAN KANSER KanWork

KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. Sejak dari penubuhan, KanWork sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar melalui aktiviti seperti:

�� Pendidikan. KanWork menjemput doktor pakar / professional utk menyampaikan ilmu.

�� Peer Support. Menyokong ahli, pesakit baharu, mereka yg down ketika berdepan kanser, dan mereka yg mencari sokongan rakan senasib.

�� Awarenes. Kempen kesedaran kanser di masjid, di hospital, open booth serta mengedarkan risalah kanser. 

�� Sosial & riadah. Senaman Qigong secara percuma setiap Sabtu & Ahad. 

�� Menyediakan bahan bacaan kanser. KanWork telah mencetak risalah 8 jenis kanser. 

�� Lawatan & Sokongan Pesakit. Kerjasama secara rasmi dengan Hospital Putrajaya untuk menyokong pesakit di wad setiap Khamis &  turut menyokong pesakit di lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. 

Selain itu, KanWork turut membuat pembentangan di platform antarabangsa spt di Pangkor Dialogue 2017 untuk berkongsi tentang peranan KanWork kepada semua pihak. 

Oleh itu, KanWork amat memerlukan sokongan kewangan dari semua pihak untuk meneruskan lagi aktiviti-aktiviti bagi merealisasikan misi dan visi KanWork. 

Sumbangan boleh dibuat melalui 
Bank : CIMB
No. Akaun : 8601945901
Nama: Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan.

Atau secara online : MyGift2KanWork 

Setiap sumbangan boleh mendapat Pelepasan Cukai, sila berikan bukti sumbangan kepada Bendahari di talian 012-6829644 (Ruhaidah) atau 012-6651372 (Norma).

Sumbangan Tuan/Puan amat kami harapkan. Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada orang lain. Layari blog dan FB Persatuan KanWork untuk melihat aktiviti yg telah KanWork jalankan.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Tuesday, 2 June 2015

Mohon Sumbangan Derma Sempena Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,
YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/P uan,

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi, kami  dari  Persatuan  Kanser NetWork Selangor dan Wilayah Persekutuan  (KanWork)  dengan rasa rendah diri ingin  memohon sumbangan sama ada berupa sedekah atau derma dari pihak YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan.


Untuk makluman pihak YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, KanWork merupakan sebuah kumpulan sokongan kanser (NGO) yang menjalankan  aktiviti mendampingi komuniti (outreach) bagi memberi kesedaran, menyampaikan maklumat dan memberi sokongan kepada para pesakit, ahli keluarga dan anggota masyarakat berkaitan penyakit kanser.

Kami juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung pada sumbangan serta yuran keahlian untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. 

Oleh itu, besarlah harapan kami untuk menerima sumbangan dari pihak YBhg Tan Sri/Puan Sri/Da to’/Datin/Tuan/Puan. Sumbangan boleh dibuat di:

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 8601945901

Sekiranya pihak YBhg Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan perlukan resit / surat pelepasan cukai, boleh maklumkan kepada  pihak  kami  dengan  menyatakan  nama,  alamat lengkap dan no telefon :
i.          Pn Nur Amirah Tong Abdullah (Bendahari)
019-2168125
ii.          Pn Norma Muhamad (Penolong Bendahari)
012-6651372
Surat permohonan sumbangan juga kami lampirkan sebagai rujukan dan makluman pihak YBhg Tan Sri/Puan Sri/Da to’/Datin/Tuan/Puan. 

Setiap sumbangan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih. 

Setiausaha
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN