Friday 5 June 2015

Program Kesedaran Kanser di Masjid Al Hasanah



BANDAR BARU BANGI, 30 MEI 2015 (SABTU) Persatuan KanWork. – Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti telah di adakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi. Program ini adalah anjuran Persatuan KanWork dengan kerjasama LPPKN, Masjid Al Hasanah dan Surau Al Sobah, Bandar Baru Bangi. Di antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah & BMI), Ujian Pap Smear, Pemeriksaan Payudara Klinikal, Teknik Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP), Pendaftaran Subsidi Mammogram, Urutan MamaCare,  Pameran Kanser serta Jualan Buku. Ceramah disampaikan oleh Prof. Madya. Dato’ Dr. Fuad Ismail, Perunding Onkologi Klinikal, PPUKM. Aktiviti sepanjang program ini mendapat sambutan dari para kariah masjid dan komuniti di sekitar Bandar Baru Bangi dan telah dihadiri seramai lebih kurang 200 orang. 


Bandar Baru Bangi, Saturday, 30 May 2015 - KanWork in collaboration with the National Population and Family Development Board (NPFDB),  Al Hasanah Mosque and   Al Sobah Mussola, Bandar Baru Bangi held a Cancer Awareness Programme with the Community today at the Al Hasanah Mosque, Bandar Baru Bangi. The half day programme was filled with activities such as Talks on Cancer Awareness by Assoc. Prof. Dato’ Dr. Fuad Ismail, Consultant Clinical Oncologist, UKM Medical Centre; Sharing of Experiences Among the Survivors; Clinical Examination (glucose, blood pressure and BMI tests), PAP Smear test, Clinical Breast Examination; Breast Self-Examination Techniques; Registration for Mammogram Subsidy, Hands and Feet massage by MamaCare; and exhibitions on cancer and reading materials relating to cancer. The programme was attended by approximately 200 people.

No comments:

Post a Comment