Bangi, 27 Februari 2016. Persatuan KanWork telah
mengadakan satu seminar khas untuk para sukarelawan sokongan pesakit KanWork.
Seminar ini disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli dan dihadiri oleh 40 orang
sukarelawan sokongan pesakit. Dua topik utama yang dikupas oleh Ustaz Zul Ramli
adalah Adab-adab Menziarah Orang Sakit
dan Amalan Meraih Husnul Khatimah. Ini diikuti dengan sesi soal jawab dan perkongsian
pengalaman bersama 3 survivor dan
penjaga pesakit kanser. Adalah diharapkan agar program ini dapat menyuntik
semangat dan motivasi sukarelawan KanWork agar terus memberi sokongan
(istiqamah) kepada pesakit dan keluarga yang memerlukan.
Thursday, 28 April 2016
Mesyuarat Agung KANWORK ke-11
Kajang, 13 Februari 2016. Persatuan KanWork
telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-11. Mesyuarat ini telah
dihadiri seramai 42 orang ahli KanWork. Antara agenda dalam mesyuarat ini
adalah meluluskan minit mesyuarat lepas, memberi penghargaan kepada mantan barisan
AJK 2014-2016, melantik AJK baharu untuk tahun 2016-2018 dan membentang serta
meluluskan kewangan persatuan untuk tahun 2015. Melalui mesyuarat ini, seramai
16 orang AJK baharu dan 2 orang juruaudit telah dipilih dan dilantik. Berikut
adalah senarai nama AJK 2016-2018 :
Pengerusi
Dr. Mazanah Muhamad
Dr. Mazanah Muhamad
Timbalan
Pengerusi
Prof. Madya Dr. Nobaya Ahmad
Prof. Madya Dr. Nobaya Ahmad
Setiausaha
Dr. Mariana Mohd Yusoff
Dr. Mariana Mohd Yusoff
Timbalan Setiausaha
Pn. Maznah Meor Razali
Bendahari
Pn. Ruhaidah Ahmad
Timbalan Bendahari
Pn. Norma Muhamad
Ahli Jawatankuasa :
Hj. Badrulhaisam
Samsuddin
Cik
Aida Maskor
Datin
Dr. Rosenani Abu Bakar
Dr.
Norfilzatun Borhan
Pn.
Rosey Syafinie Miskam
Pn.
Safinaz Jaafar
En.
Rosmadi Ibrahim
Pn. Haliza Abd
Halim
Wednesday, 27 April 2016
Tuesday, 26 April 2016
Program Pembangunan Sukarelawan
Seri Kembangan, 16 Januari 2016. Satu Program Pembangunan Sukarelawan telah diadakan di pejabat Persatuan KanWork. Program ini bertujuan mengumpulkan sukarelawan baharu yang berminat untuk menyumbangkan tenaga untuk KanWork. Seramai 11 orang sukarelawan baharu menghadiri sesi taklimat ini. Taklimat berkaitan KanWork dan aktiviti-aktiviti KanWork telah diberikan oleh Dr. Mariana Mohd Yusof selaku Setiausaha KanWork. Hasil daripada taklimat tersebut para sukarelawan berpeluang untuk mengenal pasti biro-biro yang bersesuaian dengan minat dan kepakaran masing-masing. Para peserta juga telah memberikan beberapa cadangan untuk membantu agar pengoperasian KanWork menjadi lebih efektif . Pada akhir program diharapkan agar sukarelawan baharu KanWork ini dapat terus memberikan sumbangan secara berterusan demi kepentingan KanWork.
Subscribe to:
Posts (Atom)