Serdang, 19 November : Satu
lawatan kunjung hormat dari Persatuan Kanser KanWork ke Pejabat Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM),
YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah diadakan pada 19 November
yang lalu. KanWork diwakili oleh Dr. Mazanah Muhamad (Pengerusi KanWork), Dr. Rohani Ibrahim (ahli/sukarelawan) dan Cik Nor Aida Maskor (Pengurus KanWork). Lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk menzahirkan penghargaan
dan terima kasih kerana YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Aini Ideris telah
menerima pelantikan sebagai Penasihat KanWork. Antara
agenda yang telah dibincangkan ialah penambahbaikan peranan Persatuan KanWork
dan juga usaha untuk jalinan kerjasama dalam membantu mereka yang terlibat
dengan kanser. Ucapan
terima kasih dan penghargaan sekali lagi diucapkan kepada YBhg. Prof. Datin
Paduka Datuk Dr. Aini Ideris di atas kesudian menerima lawatan kunjung hormat ini.
No comments:
Post a Comment