Friday 27 January 2017

PEER SUPPORT KanWork 2017


Persatuan KanWork Seri Kembangan, 21 Januari 2017. Satu sesi Peer Support KanWork di bawah kelolaan Biro Sokongan dan Lawatan Pesakit telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit, survivor, serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 19 peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr. Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, UPM. Di antara topik yang dibincangkan ialah berkenaan dengan sokongan kepada pesakit yang akan menjalani rawatan, perbincangan mengenai rawatan-rawatan yang akan dijalani, panduan pemakanan yang diperlukan semasa rawatan, panduan penjagaan diri dan emosi semasa rawatan serta panduan kepada carer untuk membantu pesakit. Melalui sesi ini, para peserta mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan dan sokongan secara bersemuka dengan lebih jelas dan tepat. Selain daripada itu, para peserta juga mendapat sedikit sebanyak informasi mengenai persatuan.

No comments:

Post a Comment