Showing posts with label KanWork. Show all posts
Showing posts with label KanWork. Show all posts

Tuesday, 16 November 2021

Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran


Webinar Keluarga Sihat dan Harmoni : Bersama Mendepani Cabaran

Tarikh : 20 November 2021 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Platform : Zoom & Facebook Live

Anjuran : National Council of Women's Organisation Malaysia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia & KanWork

Pelbagai cabaran yang dihadapi apabila ada insan yang kita sayang ditimpa penyakit kritikal dan perlukan penjagaan yang lama. 

Dapatkan tips dan tunjuk ajar mendepani cabaran ini daripada pakar perunding perubatan keluarga dan psikologi klinikal. 

Serta dengarkan perkongsian daripada perspektif suami, anak, rakan dan penyampai perkhidmatan penjagaan paliatif mengenai peranan mereka dalam memastikan keluarga masih sejahtera dan harmoni walaupun ditimpa musibah.

🍀9.30 pagi:  Sesi Bual Bicara “Keluarga Sihat dan Harmoni” 

Moderator: 

Encik Hasri Harun (Pengerusi, Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang)


Panelis: 

Prof Madya Dr Tan Chai Eng

Pakar Perunding Perubatan Keluarga

Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan, UKM 


Puan Hjh Azlina Roszy Mohamad Gaffar,  

Pakar Perunding Psikologi Klinikal, 

Klinik Psikologi, Hospital Pakar An Nur Sesi Perkongsian


🍀10.45 pagi:  Sesi Perkongsian ‘Bersama Mendepani Cabaran’         

Moderator:  

Dr Indrani Ramachandran (Penulis Akademia, Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM)


Panelis:

Lt. Kolonel Othman Jailani

Suami kepada pesakit kanser


Prof. Madya Dr Aznida Firzah Abdul Aziz

Anak yang ibubapa mempunyai kemerosotan kognitif


Prof. Dr. Dayang Anita Abdul Aziz

Rakan kepada pesakit kanser 


Dr. Diana Katiman 

Penyampai Perkhidmatan Paliatif  

  

Sertai Webinar menerusi Aplikasi Zoom di pautan:

https://us02web.zoom.us/j/86442097659?pwd=QWk2cG80cnJlYjE5dzlVSVQrTk9Idz09


di Facebook NCWO: 

https://www.facebook.com/ncwomalaysia/


Daftar segera: 

https://tinyurl.com/RegistrationFormWKSH

 

🌷Semua dijemput hadir 🌷

 

Thursday, 21 November 2019

KanWork @ Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities


Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai “Conference One Year After the World Cancer Congress: Progress, Gaps and Opportunities” anjuran Galen Centre for Health & Social Policy pada 31 Oktober 2019 yang lalu. 

Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Patients, survivors and caregivers: Have we made progress in survivorship and how can we do better?”. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan.

Dr. Mazanah bersama panel jemputan dari pelbagai NGO

Tuesday, 29 October 2019

KanWork Charity Hi-Tea 2019


SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork. 




Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.

Persembahan tarian oleh Survivor KanWork
DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini. 

Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :

Saturday, 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Tuesday, 11 December 2018

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork



KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
  1. Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
  2. Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
  3. Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga). 
  4. Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (qigong, walkathon) serta sosial (jamuan raya).
  5. Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 3 risalah kanser dan membangunkan My Story 2.
  6. Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
  7. Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.

KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (Persatuan KanWork) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Tuesday, 27 November 2018

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



Persatuan Kanser KanWork, 27 November 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, 1 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Ovari

Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672.

Monday, 26 November 2018

KanWork @ Melawat Pesakit Kanser di Hospital



Melawat pesakit kanser di hospital merupakan salah satu aktiviti yang sering yang dijalankan oleh Persatuan Kanser KanWork. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sokongan emosi dan berkongsi pengalaman dengan pesakit dalam usaha penyembuhan mereka. Sukarelawan KanWork melawat pesakit kanser di Hospital Putrajaya setiap hari Khamis. KanWork juga membuat lawatan pesakit di lain-lain hospital kerajaan dan swasta mengikut permintaan. Terima kasih atas kerjasama  hospital yang terlibat dan sukarelawan yang menjayakan program ini.




KanWork @ Program Anjuran Luar


Seri Kembangan, 12 November 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyertai beberapa program anjuran agensi lain seperti Putra Green Run 2018 (29 September di Universiti Putra Malaysia, anjuran UPM) dan Empowered's Lung Cancer Awareness Charity Run 2018 (11 November di Taman Metropolitan Kepong, anjuran EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia). Selain itu KanWork turut menjayakan program sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. Antara program yang disertai adalah Living with Breast Cancer Carnival (2 Oktober di Beacon Hospital, anjuran Beacon Hospital), AVON Pink Light Mall Hunt (27 Oktober di Berjaya Times Square KL, anjuran AVON Cosmetics Sdn Bhd.), A Day of Creativity (27 Oktober di Wisma Yayasan Budi Penyayang, anjuran Yayasan Budi Penyayang), Aloha Pink Fitness Dance (28 Oktober di Pullman Putrajaya Lakeside, anjuran Breast Cancer Foundation), Caring Beyond Cancer 4.0 (28 Oktober di Palace of the Garden Horses, anjuran Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM) dan Batik Fun Walk 2018 (4 November di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan Budi Penyayang). Tahniah kepada penganjur dan terima kasih ahli serta sukarelawan KanWork yang menjayakan program. 



Wednesday, 4 April 2018

Peer Support KanWork 2/2018





Bandar Kinrara, 31 Mac 2018. Peer Support KanWork telah diadakan di Nuz Natural Beauty yang bertujuan untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 13 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia. Turut di adakan ialah Sesi KanWork Look Good Feel Better iaitu Teknik dan Tips Penjagaan Kulit (kulit kering kesan rawatan kanser) serta solekan oleh Nuz Natural Beauty. 

Seri Kembangan, 31st January, 2018. A Peer Support KanWork session was held at Nuz Natural Beauty. The purpose of this session was to provide opportunities for the patients, survivors, and carers to share their experiences on how they face the challenges of cancer. A total of 13 participants attended the session from various cancer backgrounds. The moderator for this session was Dr Asmah Ismail, Lecturer in Guidance and Counselling, Universiti Putra Malaysia. Also held was KanWork ‘Look Good Feel Better’ Session on skincare techniques and tips for dry skin due to cancer treatment as well as a make up session by Nuz Natural Beauty.

Monday, 26 February 2018

Mesyuarat Agung KanWork ke-13





























Persatuan KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor, yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.

Friday, 23 February 2018

BUKU : STORIES FOR OUR CHILDREN


Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku yang bertajuk “STORIES FOR OUR CHILDREN” terbitan Yayasan Rosni Noor. Buku ini mengisahkan tentang cabaran dan kesusahan dalam membesarkan anak-anak, di mana tiada siapa yang mengajar bagaimana untuk menjadi ibu bapa atau anak. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja. Pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 7880 2001 (Yayasan Rosni Noor).

Friday, 9 February 2018

BUKU : STORIES OF TRIALS, TRIBULATIONS AND HOPE


Persatuan Kanser KanWork Dapatkan buku terbaharu yang bertajuk “STORIES OF TRIALS, TRIBULATIONS AND HOPE” terbitan Yayasan Rosni Noor. Buku ini mengisahkan tentang usaha, takdir dan harapan dalam mengharungi cabaran kehidupan dari pelbagai latar belakang dan pengalaman 23 orang penulis. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini dengan harga RM35 sahaja. Pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 7880 2001 (Yayasan Rosni Noor).

PEER SUPPORT KanWork 1/2018


Seri Kembangan, 27 Januari 2018. Persatuan Kanser KanWork Satu sesi Peer Support KanWork telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit, survivor serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 10 orang peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Puan Hamsiah Ahmad yang berpengalaman mengendalikan Peer Support KanWork. Senaman ringan yang dikendalikan oleh Dr Siti Hajar Ahmad diadakan sebelum sesi peer support bermula. Sesi Peer Support KanWork seterusnya akan diadakan pada 7 April 2018.


Seri Kembangan, 27th January, 2017. KanWork Cancer Society A Peer Support KanWork session was held at KanWork’s main office . The purpose of this session was to provide opportunities for the patients, survivors, and carers to share their experiences on how they face the challenges of cancer. A total of 10 participants attended the session with various cancer backgrounds. The moderator for this session was Puan Hamsiah Ahmad who is experienced in handling Peer Support KanWork. To kick start the peer support session, a light exercise session was conducted by Dr Siti Hajar Ahmad. The next Peer Support KanWork session will be held on 7th April 2018.

Tuesday, 2 January 2018

Sekalung Penghargaan daripada Persatuan Kanser KanWork


Persatuan Kanser KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan & kerjasama Tuan/Puan dalam menjayakan program tahun 2017 yg telah dimanfaati oleh 2130 peserta.

Kami mengalu-alukan sokongan berterusan Tuan/Puan.
Sumbangan dgn PELEPASAN CUKAI boleh dibuat secara online @ MyGift2KanWork (https://donate.kanwork.org). 

Pertanyaan lanjut sila hubungi 03-8940 8672 (Pejabat) atau  019-4640118 (Cik Hajar). 

Semoga infak Tuan/Puan diberkati & diredhai Allah.
Terima kasih ! 
Pencapaian Program KanWork 2017

Thursday, 21 December 2017

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork


 
Risalah Kanser Prostat
 

Persatuan Kanwork telah menerbitkan satu risalah khas untuk kaum lelaki iaitu Kanser Prostat. Kanser Prostat merupakan kanser ke-5 yang mencatatkan kes tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Untuk mengetahui maklumat terperinci tentang tanda-tanda awal kanser ini, anda boleh mendapatkan risalah ini di Pejabat KanWork. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas dan sokongan bagi pembangunan dan percetakan risalah ini. 

MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK PERSATUAN KanWork

Cara membuat sumbangan untuk Persatuan KanWork

Pencapaian Program KanWork 2017
MEMOHON SUMBANGAN  (dengan Pelepasan Cukai) UNTUK PERSATUAN KANSER KanWork

KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. Sejak dari penubuhan, KanWork sangat aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar melalui aktiviti seperti:

�� Pendidikan. KanWork menjemput doktor pakar / professional utk menyampaikan ilmu.

�� Peer Support. Menyokong ahli, pesakit baharu, mereka yg down ketika berdepan kanser, dan mereka yg mencari sokongan rakan senasib.

�� Awarenes. Kempen kesedaran kanser di masjid, di hospital, open booth serta mengedarkan risalah kanser. 

�� Sosial & riadah. Senaman Qigong secara percuma setiap Sabtu & Ahad. 

�� Menyediakan bahan bacaan kanser. KanWork telah mencetak risalah 8 jenis kanser. 

�� Lawatan & Sokongan Pesakit. Kerjasama secara rasmi dengan Hospital Putrajaya untuk menyokong pesakit di wad setiap Khamis &  turut menyokong pesakit di lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. 

Selain itu, KanWork turut membuat pembentangan di platform antarabangsa spt di Pangkor Dialogue 2017 untuk berkongsi tentang peranan KanWork kepada semua pihak. 

Oleh itu, KanWork amat memerlukan sokongan kewangan dari semua pihak untuk meneruskan lagi aktiviti-aktiviti bagi merealisasikan misi dan visi KanWork. 

Sumbangan boleh dibuat melalui 
Bank : CIMB
No. Akaun : 8601945901
Nama: Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan.

Atau secara online : MyGift2KanWork 

Setiap sumbangan boleh mendapat Pelepasan Cukai, sila berikan bukti sumbangan kepada Bendahari di talian 012-6829644 (Ruhaidah) atau 012-6651372 (Norma).

Sumbangan Tuan/Puan amat kami harapkan. Mohon jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada orang lain. Layari blog dan FB Persatuan KanWork untuk melihat aktiviti yg telah KanWork jalankan.

Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan

Monday, 18 December 2017

KanWork Charity Fun Ride 2017


Serdang, 16 Disember 2017 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), oBike Malaysia, Persatuan Alumni MARDI Malaysia (MASMARDI), dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) telah menganjurkan program KanWork Charity Fun Ride 2017 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Program yang dihadiri 160 peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang penyakit kanser. Pelepasan peserta berbasikal disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor Universiti Putra Malaysia). Selain berbasikal sepanjang 4 km, aktiviti lain ialah picnic, cabutan bertuah dan pameran kanser. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Monday, 4 December 2017

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



 RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork




Persatuan KanWork, 4 Disember 2017 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan KanWork menggembleng tenaga membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Seiringan dengan kemajuan teknologi penyebaran maklumat, risalah yang diterbitkan ini boleh diperoleh dalam bentuk cetakan daripada persatuan ini. Terkini, sebanyak 2 risalah baharu telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah tersebut adalah Carer Pesakit Kanser dan Kanser Hati.



Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan ikhlas dan sokongan bagi pembangunan dan percetakan risalah ini. 



2017 NEW CANCER BROCHURE BY KANWORK



Persatuan KanWork, 4 December 2017 – Aware of the importance of the delivery and dissemination of accurate information about cancer to patients and the general public, KanWork has taken the initiative to develop educational materials in brochure form. In line with the advances of technology in information dissemination, the brochures may be obtained in printed version KanWork. Currently, 2 new brochures were published. The titles developed are “Cancer Carer” and “Liver Cancer”.



This brochure are exhibited and distributed during public awareness programs organized by KanWork. Those who need the brochure can get it by visiting to the KanWork’s office and calling our helpline at 1-800-22-8672. We express our sincere appreciation to all sponsors and individuals for their contributions and continuous support for the development and printing of the said brochures.