Friday, 23 June 2017
Monday, 5 June 2017
Friday, 2 June 2017
Pencapaian Program KanWork 2014-2016
Persatuan Kanser KanWork ditubuhkan bermatlamat untuk:
- Memberi pendidikan mengenai kanser kepada pesakit, survivor dan ahli keluarga (carer) terutamanya melibatkan aspek rawatan dan penjagaan serta survivorship.
- Memberi sokongan (peer support) kepada pesakit kanser, survivor dan keluarga termasuk melawat pesakit di hospital dan di rumah serta melalui Helpline.
- Meningkatkan kesedaran terhadap pencegahan kanser kepada komuniti supaya dapat dikesan di peringkat awal.
- Menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko kepada penyakit kanser.
Graf dan jadual di atas menunjukkan Laporan Pencapaian Program KanWork bagi tahun 2014-2016. KanWork telah melaksanakan 5 program utama setiap tahun iaitu :
- Pendidikan
- Sosial dan Kebajikan Ahli
- Kesedaran
- Sokongan dan Lawatan Pesakit
- Pembangunan Sukarelawan
Berdasarkan graf dan jadual di atas, adalah didapati, program kesedaran Kanser merupakan program yang paling ramai dihadiri kerana program ini terbuka kepada orang awam termasuklah pesakit, survivor dan juga carer.
Manakala program pembangunan sukarelawan merupakan program yang hanya dibuka kepada sukarelawan aktif KanWork sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)