Kuala
Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah
menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti
Malaya.
Intipati perkara yang
dikemukakan dalam Bone Health Workshop
berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan
sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang
akibat rawatan kanser) dan metastasis
tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis.
Metastasis tulang atau “bone mets”
terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat,
kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan
diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis
tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.
Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang
kesihatan tulang. Tahniah
kepada pihak penganjur.