Showing posts with label Persatuan KanWork. Show all posts
Showing posts with label Persatuan KanWork. Show all posts

Saturday, 30 March 2019

KanWork @ Bone Health Workshop



Kuala Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Intipati perkara yang dikemukakan dalam Bone Health Workshop berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang akibat rawatan kanser)  dan metastasis tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis. Metastasis tulang atau “bone mets” terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat, kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.

Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang kesihatan tulang. Tahniah kepada pihak penganjur.




Friday, 25 January 2019

Sekalung Penghargaan KanWork


KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan, sumbangan dan kerjasama semua dalam menjayakan persatuan ini sepanjang 2018. Rangkuman aktiviti seperti di dalam Buletin KanWork. KanWork juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk tahun 2019 seperti di dalam Takwim 2019.  Semoga semua akan terus menyokong KanWork menjayakannya.

Terima kasih.

Mazanah Muhamad
Pengerusi Persatuan KanWork




Monday, 24 December 2018

KanWork @ Penyerahan “Buku Al-Quran & Doa Penawar Pesakit Kanser” kepada Penaja

Petaling Jaya, 10 Disember 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyerahkan beberapa naskhah “Buku Al-Quran dan Doa Penawar Sakit Kanser” kepada YBhg. Dato’ Dr. Ibrahim bin Dato’ Hj. Abdul Wahid, Pengarah Perubatan & Perunding Klinikal Onkologi Beacon Hospital yang telah menaja percetakan buku ini. Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672.