Showing posts with label Agung. Show all posts
Showing posts with label Agung. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

MESYUARAT AGUNG KanWork KE-15


Serdang, 7 Mac 2020. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung KanWork ke-15 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Melalui mesyuarat ini, seramai 13 orang AJK dan 2 orang juruaudit telah dipilih untuk sesi 2020/2022. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan tahniah kepada ahli jawatakuasa yang baharu.

Monday, 18 March 2019

MESYUARAT AGUNG KanWork ke-14



Serdang, 16 Mac 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-14 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakannya.

Monday, 26 February 2018

Mesyuarat Agung KanWork ke-13





























Persatuan KanWork. Serdang, 24 Feb 2018. Mesyuarat Agung KanWork ke-13 telah diadakan di Bilik Kuliah 1, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia. Seramai 28 orang ahli telah hadir untuk bermesyuarat, mengetahui pencapaian aktiviti KanWork sepanjang tahun 2017 dan pemilihan Ahli Jawatankuasa KanWork sesi 2018-2020. Turut di adakan ialah Program Berkebun bersama KanWork yang mana ahli berpeluang mempelajari teknik berkebun serta menanam pokok hiasan dan herba yang dikendalikan oleh En. Abdul Karim Mansor, yang berpengalaman dalam bidang hortikultur.

Wednesday, 15 March 2017

Mesyuarat Agung KanWork ke-12


Persatuan KanWork. Kajang, 12 Mac 2017. Mesyuarat Agung KanWork ke-12 telah diadakan dengan jayanya di Surau Pusat An Nur, Country Heights, Kajang. Seramai 34 orang ahli telah hadir untuk sama-sama bermesyuarat dan mengetahui pencapaian aktiviti KanWork di sepanjang tahun 2016. Selain bermesyuarat, sesi Terapi Ketawa yang dibimbing oleh Pn Oriana turut diadakan. Semua ahli mesyuarat berpeluang untuk mempelajari teknik terapi ketawa sebagai salah satu cara untuk kekal sihat dan ceria. Sebanyak 22 hadiah cabutan bertuah juga telah diberikan kepada ahli-ahli KanWork yang hadir.


Kajang, March 12th, 2017. The 12th KanWork Annual General Meeting was successfully held at Surau, Pusat An Country Heights, Kajang. A total of 34 members were present. Besides meeting, KanWork members also be briefed about the achievements of KanWork activities during the year 2016. In addition to meetings, Laughter Therapy sessions were organized by Mrs. Oriana. All members had the opportunity to learn the technique of laughter therapy as a way to stay healthy and happy. A total of 22 lucky draw prizes were also given to the members who attended the meeting.