Persatuan Kanser KanWork, 25 November 2019 –KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk
risalah bagi memberi kesedaran kepada pesakit serta orang awam. Risalah Kanser
Nasofarinks merupakan risalah terkini terbitan KanWork yang boleh diperolehi
dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 11 jenis
penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah. Risalah ini dipamer dan
diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh
didapati dengan berkunjung ke (i) Pejabat KanWork; (ii) menghubungi
talian helpline 1-800-22-8672; atau (iii) memuat turun dari
laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi
sumbangan dalam pembangunan serta percetakan risalah ini.
Showing posts with label Bahan Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Pendidikan. Show all posts
Tuesday, 26 November 2019
Tuesday, 29 October 2019
KanWork Charity Hi-Tea 2019
SERDANG, 20 Oktober : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2019 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 20 Oktober yang lalu.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan mencemar duli ke majlis ini seterusnya berkenan melancarkan Buku Panduan Penjaga Pesakit Kanser dan Memahami Kanser : Panduan Untuk Pesakit. Turut dilancarkan pada majlis tersebut ialah Wakaf KanWork.
Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa menyokong dan membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.
| Persembahan tarian oleh Survivor KanWork |
| DYMM Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Booth Pameran KanWork |
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang telah memberikan sumbangan serta semua yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Sila klik pautan berikut untuk Berita KanWork Charity Hi-Tea 2019 :
- Tengku Permaisuri Norashikin lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor lancar buku berkaitan pesakit kanser
- Tengku Permaisuri Selangor berkenan lancar buku kanser
- Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
- VIDEO | Tengku Permaisuri lancar buku panduan & Wakaf KanWork, bantu pesakit kanser
Saturday, 14 September 2019
Buletin KanWork
Monday, 24 December 2018
KanWork @ Penyerahan “Buku Al-Quran & Doa Penawar Pesakit Kanser” kepada Penaja

Petaling Jaya, 10 Disember 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyerahkan beberapa naskhah “Buku Al-Quran dan Doa Penawar Sakit Kanser” kepada YBhg. Dato’ Dr. Ibrahim bin Dato’ Hj. Abdul Wahid, Pengarah Perubatan & Perunding Klinikal Onkologi Beacon Hospital yang telah menaja percetakan buku ini. Terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi Helpline KanWork di talian 1 800 22 8672.
Tuesday, 27 November 2018
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan Kanser KanWork, 27 November 2018 – Menyedari tentang pentingnya penyampaian dan penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, Persatuan Kanser KanWork telah membangunkan bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Terkini, 1 risalah baharu telah diterbitkan iaitu Kanser Ovari
Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program-program kesedaran awam anjuran KanWork. Mereka yang memerlukan risalah ini boleh mendapatkannya dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672.
Tuesday, 10 January 2017
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork
Persatuan KanWork, 3 Januari 2017 – Menyedari tentang pentingnya penyebaran maklumat yang
tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, KanWork telah membangun
dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Risalah ini boleh
diperolehi dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 6
jenis penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah; Kanser Payudara, Kanser Usus, Kanser
Paru-paru, Kanser Serviks, Kanser Darah dan Kanser Kulit. Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program kesedaran
awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh didapati dengan berkunjung ke Pejabat
KanWork atau menghubungi talian helpline
1-800-22-8672 atau memuat turun dari laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi
sumbangan dalam pembangunan dan percetakan risalah ini.
NEW CANCER BROCHURE BY KanWork
Persatuan KanWork, 3 January 2017 – Aware
of the importance of dissemination of accurate information on cancer to
patients and the public, KanWork has taken an initiative to develop educational
materials in brochure form. The brochures are available in both hard and soft
copies. A total of six cancer types have been published; Breast Cancer, Colon
Cancer, Lung Cancer, Cervical Cancer, Blood Cancer and Skin Cancer. These
brochures are distributed during KanWork’s public awareness program. They are
available by visiting the KanWork’s office, calling our helpline at
1-800-22-8672, or downloading from website www.kanwork.org. We wish to record our sincere appreciation to all contributors and
sponsors.
Subscribe to:
Posts (Atom)




