Serdang , 19 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah
mengadakan Majlis Apresiasi KanWork Charity Hi Tea 2019 di Astana Putra,
Universiti Putra Malaysia. Majlis ini bertujuan untuk meraikan semua yang terlibat menjayakan KanWork Charity Hi Tea 2019 pada 20 Oktober yang lalu. Terima kasih kepada penganjur bersama (Universiti Putra Malaysia, War on Cancer Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia) serta para sukarelawan
yang telah hadir menjayakan majlis ini.
Friday, 20 December 2019
Monday, 16 December 2019
Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit)
Putrajaya , 9 Disember 2019 Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Bengkel Pembangunan Sukarelawan (Melawat Pesakit) di Hospital Putrajaya pada 9 Disember yang lalu. Objektifnya adalah untuk memantapkan dan menambahbaik peranan sukarelawan ketika melawat pesakit. Terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua dalam menjayakan bengkel ini
Friday, 13 December 2019
KanWork Fitness 2
Serdang, 8 Disember 2019, Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
telah menganjurkan program KanWork Fitness 2 yang bertempat di Dewan Pertanian,
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program yang dihadiri 32 orang
peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui senaman dan
pemakanan sihat. Di antara pengisian program ini ialah senaman (Piloxing dan
Jogetrobik) serta Demonstrasi Teknik Tanaman Microgreen. Terima kasih kepada
semua yang terlibat menjayakan program ini
Thursday, 12 December 2019
Peer Support KanWork 3
Serdang, 8 Disember 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan program Peer Support 3 bertempat di Dewan Pertanian,
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini diadakan untuk
pesakit, survivor serta penjaga (carer) bagi berkongsi pengalaman
menghadapi cabaran kanser serta mendapat sokongan emosi dan psikologi. 15
orang peserta telah menghadiri sesi yang dikendalikan oleh Dr. Asmah Ismail (Pensyarah
Bimbingan & Kaunseling, Universiti Putra Malaysia). Program ini turut dihadiri
oleh Dr. Hafizah Zaharah Ahmad (Pakar Onkologi) dan Dr. Suhaina Sulaiman (Pakar
Pemakanan). Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.
Tuesday, 10 December 2019
MEMOHON SUMBANGAN AKHIR TAHUN DENGAN PELEPASAN CUKAI UNTUK KanWork
Persatuan Kanser KanWork adalah sebuah NGO yang berdaftar sejak 2005. KanWork aktif menjalankan pelbagai aktiviti untuk survivor/pesakit kanser, carer/keluarga, dan masyarakat luar. Berikut adalah program 2018:
- Pendidikan. Memberi maklumat/pendidikan kepada ahli & awam.
- Lawatan & Sokongan Pesakit. Di Hospital Putrajaya setiap Khamis & lain-lain hospital atau di rumah mengikut permintaan. Bantuan Helpline 1 800 22 8672
- Peer Support. Sokongan di antara rakan senasib (pesakit / survivor / keluarga).
- Sosial, Riadah & Kebajikan Ahli. Aktiviti amalan gaya hidup sihat (Senaman QiGong) serta sosial (Jamuan Raya, Charity Hi-Tea).
- Pembangunan Bahan Pendidikan Kanser. Mencetak 1 risalah kanser dan membangunkan 2 buah buku.
- Pembangunan Sukarelawan. Memantapkan peranan sukarelawan.
- Kesedaran. Kempen kesedaran kanser di; komuniti, hospital, agensi kerajaan & swasta dan media.
Bilangan Peserta Program 2019 |
KanWork tidak mempunyai sumber pendapatan/kewangan tetap. Persatuan ini hanya bergantung kepada yuran pendaftaran ahli dan sumbangan individu/organisasi. Oleh itu, KanWork menghargai sumbangan kewangan dari semua pihak. Mohon juga jasa baik Tuan/Puan untuk menghebahkan perkara ini. Layari blog, FB (kanwork.official) & IG (kanwork_official) untuk melihat program yang telah dilaksanakan oleh KanWork.
Terima kasih di atas sumbangan Tuan/Puan
Subscribe to:
Posts (Atom)