Showing posts with label Ceramah Kesedaran Kanser. Show all posts
Showing posts with label Ceramah Kesedaran Kanser. Show all posts

Thursday, 27 February 2020

KESEDARAN KANSER KanWork BERSAMA KELAB WANITA MUTIARA BANGI


Serdang, 23 Februari 2020 : Persatuan Kanser KanWork telah mendapat jemputan daripada Kelab Wanita Mutiara Bangi untuk mengadakan program kesedaran kanser di Astana Putra, Universiti Putra Malaysia bersempena dengan Mesyuarat Agung Kelab Wanita Mutiara Bangi. Aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh Dr. Norsaidatul Norbaya, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor Kanser dan Booth Pameran Kanser. Terima kasih atas jemputan pihak penganjur dan terima kasih kepada sukarelawan KanWork yang terlibat menjayakan program ini.

Friday, 30 November 2018

Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti di Masjid Al-Mukminun, USJ 2


Subang Jaya, 24 November. Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Masjid Al-Mukminun, USJ2 telah menjalankan program Kempen Kesedaran Kanser KanWork Bersama Komuniti dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Masjid Al-Mukminun, USJ2. Turut menjayakan program ini ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Di antara pengisian program ialah; (1) ceramah kesedaran kanser oleh Prof. Dr. Norlia Abdullah (Pakar Perunding Kanan, Surgeri Rekonstruktif Payudara, PPUKM), (2) sesi perkongsian pengalaman bersama 3 survivor kanser dan seorang carer, (3) pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN (ujian; glukosa, tekanan darah, indeks jisim tubuh, kolesterol, saringan kanser pangkal rahim, dan pemeriksaan klinikal payudara), (4) sembang diet oleh  Perunding Pemakanan, Dr. Suhaina Sulaiman, (5) pemeriksaan sendiri payudara, dan (6) pameran kesedaran kanser. Kempen ini telah dihadiri oleh 130 orang peserta. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.

Friday, 26 October 2018

KanWork @Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat KKM 2018


Persatuan Kanser KanWork  Seminar Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2018 telah diadakan pada 9 Oktober yang lalu. KanWork diwakili Dr. Mazanah Muhamad dan Pn. Asmah Salam telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Saat Anda  Disahkan Menghidap Kanser Payudara”. Selain forum, turut diadakan ialah Ceramah Kanser Payudara, senaman serta rawatan dan pencegahan. Semoga perkongsian sesi ini memberi manfaat kepada peserta yang hadir. Tahniah kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM atas penganjuran seminar ini.