Showing posts with label Sosial dan Riadah. Show all posts
Showing posts with label Sosial dan Riadah. Show all posts

Saturday, 14 September 2019

Buletin KanWork

Terima kasih kepada semua yang menyokong KanWork !

Rangkuman Aktiviti KanWork 

Pencapaian KanWork Januari - Ogos 2019

Friday, 26 October 2018

KanWork @ TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away


Ampang, 13 Oktober 2018 Persatuan Kanser KanWork  telah menyertai Program TEMAN Mega - Bowl Your Blues Away yang diadakan di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN), HCTM, PPUKM. KanWork diwakili oleh survivor dan sukarelawan. Tahniah kepada Team KanWork yang telah memberi komitmen dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. 

Monday, 18 December 2017

KanWork Charity Fun Ride 2017


Serdang, 16 Disember 2017 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), oBike Malaysia, Persatuan Alumni MARDI Malaysia (MASMARDI), dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) telah menganjurkan program KanWork Charity Fun Ride 2017 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Program yang dihadiri 160 peserta ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran tentang penyakit kanser. Pelepasan peserta berbasikal disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris (Naib Canselor Universiti Putra Malaysia). Selain berbasikal sepanjang 4 km, aktiviti lain ialah picnic, cabutan bertuah dan pameran kanser. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tuesday, 25 August 2015

KanWork Charity Hi Tea

Bandar Seri Putra, 23 Ogos 2015 (Ahad), PERSATUAN KanWork.Tanggal 23 Ogos 2015, Persatuan Kanser Network Selangor Wilayah Persekutuan (KanWork) telah menganjurkan satu Majlis Jamuan Teh Amal KanWork (KanWork Charity Hi Tea). Majlis ini  telah  berlangsung dengan meriahnya bertempat di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Bandar Seri Putra. Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran seramai 330 orang tetamu yang terdiri daripada para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carers) serta rakan-rakan kongsi KanWork. 

Majlis ini telah diadakan bertujuan untuk menjana dana bagi membantu KanWork merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat membantu para pesakit Kanser dan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan. Turut menghadiri majlis ini sebilangan besar rakan kongsi KanWork yang banyak menyokong merealisasikan aktiviti KanWork seperti PPUM, PPUKM, Hospital Putrajaya, LPPKN, Alumni UPM, Qariah Masjid Al Ehsan Bandar Kinrara, Masjid Abu Bakar As Siddiq Bangsar, Masjid Al Hidayah Taman Melawati, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Goulin Qigong Malaysia serta beberapa rakan kongsi daripada syarikat swasta /persendirian di samping ahli-ahli dan sukarelawan KanWork serta orang awam yang ingin mengenali KanWork. KanWork juga turut menerima banyak sumbangan secara individu daripada ahli mahupun orang awam yang sangat bermurah hati membantu KanWork. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Adifashla, DJ terkenal Radio Erra sebagai pengacara majlis. Selain itu, peserta turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian akustik daripada Amir dan Zarul, anak muda yang sangat berbakat dalam nyanyian serta persembahan deklamasi sajak oleh Pn Adibah yang merupakan seorang pemandiri (survivor) dan juga sebuah sajak bertajuk ‘Mengenangmu” daripada  Tn Hj BadrulHaisham yang telah kehilangan isteri tersayang akibat penyakit Kanser ini.  Selain itu, peserta juga turut berpeluang mengunjungi pelbagai booth jualan yang disediakan dan mengambil peluang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli baru KanWork. Peserta juga turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah bagi yang berjaya.

Para pesakit dan survivor serta ahli keluarga juga turut berpeluang untuk berkenalan dan saling beramah mesra serta berkongsi pengalaman suka dan duka dalam mengharungi cabaran berdepan dengan penyakit Kanser ini. . Sesungguhnya majlis ini telah dapat mencapai matlamatnya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua para penyumbang sama ada sumbangan daripada syarikat mahupun sumbangan secara individu. Semoga Allah merahmati semua penyumbang KanWork. Juga tahniah kepada para barisan ahli jawatankuasa induk dan Biro  Dana KanWork yang telah berusaha gigih untuk menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa depan.

Tuesday, 1 July 2014

Program Sosial Dan Riadah (Sesi Make-Over And Beauty Tips MARY KAY)


Peserta yang hadir.
Program ini di jalankan adalah untuk mendapat pendedahan asas tentang teknik penjagaan wajah dan asas solekan/kecantikan Mary Kay. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti program ini yang di adakan pada 21hb Jun 2014 (Sabtu) di pejabat KanWork pada pukul 9.30 pagi.  Sesi tersebut telah di kendalikan oleh Pn Rokiah Ariffin, Independent Senior Sales Director, Mary Kay Malaysia.

Sebelum memulakan sesi, isi maklumat dahulu.

Sebelum memulakan sesi, peserta di kehendaki untuk mengisi maklumat asas seperti jenis kulit wajah dan produk yang di gunakan sekarang. Selepas itu, Pn. Rokiah akan membuat analisa kulit wajah setiap peserta berdasarkan maklumat yang di berikan. Proses ini adalah untuk menentukan penggunaan jenis produk Mary Kay yang bersesuaian dengan kulit wajah. Setiap peserta telah diberikan perkakas sendiri untuk membuat demonstrasi berkenaan teknik pembersihan wajah yang betul. Proses bermula dengan pembersihan wajah, penggunaan masker, krim pelembap dan akhirnya, cara pememilihan warna bedak asas yang sesuai.

Selain dari penjagaan kulit muka, peserta juga diajar cara penjagaan kulit tangan yang merangkumi pembersihan dan losyen pelembap.

Pn Rokiah Ariffin, Independent Senior Sales Director, Mary Kay Malaysia

Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dengan sesi tersebut dan ianya dapat membantu peserta untuk meningkatkan imej dan personaliti sseorang kepada yang lebih baik.