Monday, 23 October 2023

Pengurusan Imej dan Penampilan Diri Bersama Datin Norma Norell

 20 Ogos 2022

KanWork dengan kerjasama Norma Norell (M) Sdn Bhd dan Puspanita KWSP telah menganjurkan Program “Pengurusan Imej dan Penampilan Diri bersama Datin Norma Norell” di Ruang Temu, TTDI. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Majlis Khatam Al-Quran Kanwork

 KanWork telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 28 April 2022 yang dihadiri seramai 23 orang ahli secara dalam talian dan dipimpin oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim.

Majlis Khatam Al-Quran ini bersempena tamatnya bacaan Tadarus Al-Quran KanWork yang yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan bermula pada 3 April lalu.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Kami mengalu-alukan sumbangan Infak Ramadan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan.
Klik pada link untuk menyumbang: https://donate.kanwork.org.
Semua sumbangan dikecualikan cukai.
.
.



Bacaan Yasin KanWork & Tazkirah

 1 April 2023

Satu sesi Peer Support KanWork 1/2023 telah diadakan secara dalam talian yang dikendalikan oleh Dr. Nor Aniza Ali Shibramulisi.
Tujuan sesi ini untuk pesakit/survivor kanser berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya



Program Kesedaran Kanser Payudara Saringan Pengesanan Awal Kanser Payudara

 19 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran bersempena Program Kesedaran Kanser Payudara di GHHS Healthcare anjuran Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM.
Pelbagai aktiviti di adakan seperti perkongsian ilmu oleh pakar tentang pengesanan awal kanser payudara, mengurus dan menangani tekanan psikologikal, dan keperluan ujian mutasi kanser payudara. Turut di adakan perkongsian pengalaman pejuang kanser payudara.
Rakaman program boleh tonton disini:
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Friday, 6 October 2023

Pink October IKN 2022

 18 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser sempena program Pink Oktober IKN 2022.
Program yang dianjurkan oleh IKN dengan kerjasama Program Pendidikan Perubatan IKN telah dilancarkan oleh Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Harun.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.




Program Breast Cancer Nurse Course @IKN

 17 Oktober 2022

KanWork telah menerima jemputan bagi Program 8th Malaysia Breast Care Nurse Workshop anjuran Jabatan Endokrin Hospital Putrajaya.
Dr. Mariana Mohd Yusof mewakili KanWork berkongsi peranan KanWork dalam memberikan sokongan kepada pesakit kanser.
Terima kasih atas jemputan.

Tuesday, 3 October 2023

Pink Oktober:Kempen Kesedaran Kanser Payudara Bersama Komuniti

 14 Oktober 2022

KanWork telah mengadakan pameran kesedaran kanser di Masjid Puncak Alam sempena program Pink Oktober Kempen Kesedaran Payudara Bersama Komuniti. Program ini adalah anjuran Unit Onkologi, Jabatan Pembedahan, Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi Hospital Al Sultan Abdullah UiTM. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.







 2 Oktober 2022

Program Kesedaran Kanser bersama Komuniti telah di adakan di Dewan MBSA Paya Jaras. Antara aktiviti yang disediakan ialah Saringan Kesihatan, Ceramah Kesedaran Kanser, Perkongsian Pengalaman bersama Survivor, Sembang Diet bersama Dietitian, Pemeriksaan Klinikal Payudara, Saringan Kanser Kolon, Saringan Kanser Serviks, Pemeriksaan Kesihatan Perokok serta pameran kesedaran kanser. Terima kasih kepada semua yang terlibat.






Program Kesihatan di Masjid Sri Kg Aman

 Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Yayasan Wanita Malaysia bagi penganjuran program Kempen Kesihatan Pasca Banjir di Masjid Kg Seri Aman, Puchong pada 5 Januari 2022. Tujuan program adalah memberikan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pasca banjir. KanWork telah membuka booth pameran kanser dan jualan amal KanWork. Aktiviti yang diadakan seperti ceramah penjagaan kesihatan pasca banjir, saringan kanser servik dan pemeriksaan kesihatan asas. Terima kasih kepada penganjur atas peluang kerjasama dan semua yang menjayakan program ini.

Bicara Kanser Kanwork: Kanser Dan Rawatan Terkini

 26 November 2022.

KanWork telah menganjurkan program Bicara Kanser KanWork : Kanser & Rawatan Terkini yang telah disampaikan oleh Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Perunding Klinikal Onkologi,
Hospital Pantai Kuala Lumpur & Pusat Perubatan Subang Jaya.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Rakaman sesi Bicara Kanser KanWork boleh ditonton pada link ini:







Bual Bicara KanWork: Kanser Dan Kerjaya

 13 November 2022.

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Kerjaya) untuk membincangkan isu kerjaya bagi pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mazalan Kamis bersama panel jemputan iaitu Puan Noraiyu Bt Buang (Timbalan Pengerusi KanWork/ Survivor & Penjaga Pesakit Kanser), YBhg. Datin Dr. Zoharah Bt Omar (Pengurus Kanan Modal Insan dan Hal-Ehwal Korporat, Elektrisola (Malaysia) Sdn Bhd), dan Puan Nurul Nadia Bt Md Arif (Ketua Cawangan Sistem Insuran Pekerjaan/ Ketua Negeri Return to Work (RTW), PERKESO Kuala Lumpur). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Rakaman sesi Bual Bicara boleh ditonton pada link ini:



Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan)

 24 September 2022 

Persatuan Kanser KanWork telah menganjurkan program Bual Bicara KanWork (Kanser & Isu Kewangan) untuk membincangkan isu kewangan pesakit kanser. Sesi dikendalikan oleh Dr. Mohd Faisol Ibrahim bersama panel jemputan iaitu Puan Khairun Nisa Jailani (Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Institut Kanser Negara), Puan Emy Baizura Azrin Mohamed Hakke (Ketua Unit Perancangan Strategik & Kerjasama Return to Work, Pertubuhan Keselamatan Sosial), Dr. Prema Sundralingam (Pengarah Perubatan, Takaful Ikhlas Family Berhad) dan En. Zolkefli Muhamad (Survivor Kanser). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.









Terapi Hati

27 Mac 2022

Pengisian rohani dalam menghadapi ujian/cabaran kesihatan dan persediaan bulan Ramadan. 

Penceramah : Ustaz Ghazali Ibrahim




Pemakanan Sihat

20 Mac 2022

Perbincangan tentang pemakanan sihat, kepentingan & tips mengamalkannya.

Demo masakan mudah & sihat (Menu: Vietnamese Springroll)

Penceramah : Dr. Zalina Abu Zaid (Pensyarah & Dietitian, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM)




Wednesday, 2 March 2022

Mesyuarat Agung Persatuan Kanser KanWork ke 17





KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 17 pada 27 Februari 2022 secara dalam talian. Forum ini telah dihadiri 45 orang ahli. 

Di mesyuarat tersebut aktiviti KanWork 2021 dibentangkan. Ahli telah memberi maklumbalas untuk penambahbaikan. 

Mesyuarat Agung KanWork kali ini juga adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2022-2024. Tahniah kepada yang berjaya. Semoga barisan kepimpinan baru ini akan terus memperkukuh KanWork menyokong  mereka yang terkesan dengan kanser.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini.

Thursday, 3 February 2022

Sumbangan Prostesis & Bra KanWork







Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober 2021, seramai 6 orang ahli KanWork telah menerima sumbangan Prostesis & Bra. Projek ini adalah inisiatif Puan Azzah Khalid yang telah mengadakan projek jualan amal. Beliau telah menghasilkan biskut/cookies dan hasil jualan diserahkan kepada KanWork bagi menjayakan projek ini. Terima kasih diucapkan kepada Puan Azzah atas inisiatif dan sumbangan ini. Terima kasih kepada semua yang telah hadir ke majlis serahan prostesis & bra yang di adakan pada 28 Januari lalu. KanWork juga mengalu-alukan kerjasama untuk penjanaan dana bagi membantu mereka yang terkesan dengan kanser.

Selamat Tahun Baharu Cina 2022


Persatuan Kanser KanWork mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun ini diberikan lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan. 


 

Monday, 20 December 2021

Kem Kesihatan Komuniti

 


Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Alumni STAR Klang bagi penganjuran program Kem Kesihatan Komuniti, Kem Patologi Cuti Sekolah, Forum Kesihatan Awam yang bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor pada 17 – 18 Disember 2021. KanWork telah membuka booth pameran kanser, perkongsian pengalaman bersama survivor kanser dan jualan amal KanWork. Pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program dari pelbagai agensi dan institusi. Terima kasih kepada penganjur dan sukarelawan yang bersama-sama menjayakan program ini.

Thursday, 16 December 2021

SUMBANGAN AKHIR TAHUN KanWork 2021

 


KanWork mengucapkan terima kasih atas sokongan dalam menjayakan program persatuan ini sepanjang 2021. KanWork masih mengalu-alukan sumbangan untuk pelaksanaan aktiviti persatuan:

  1. Sokongan pesakit/caregiver
  2. Memberi maklumat & pendidikan tentang kanser. 
  3. Penerbitan bahan pendidikan kanser
  4. Kesedaran kanser


Program KanWork 2021



Pencapaian Penyertaan KanWork 2021


Sila salurkan sumbangan ke :

CIMB: 8601945901 (Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan)

atau

https://www.donate.kanwork.org


Sumbangan dikecualikan cukai. 


Pertanyaan: 

http://www.wasap.my/60172015817/SumbanganAkhirTahun2021


Tarikh akhir: 31 Disember 2021


Thursday, 25 November 2021

Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), UPM dan Persatuan Kanser KanWork akan membawakan anda Sesi Perkongsian Bersama Penjaga Pesakit Kanser Secara Dalam Talian sempena "National Family Caregivers Month" pada bulan November.


Topik : Kanser: Penjagaan Sepanjang Masa

Tarikh: 28 November 2021 (Ahad)

Masa : 10.00 - 11.00 pagi

Platform: Dalam Talian

Zoom dan Facebook Live CaRE UPM (facebook.com/upmcare).


Moderator: Dr. Asmah Ismail 

Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling), 

Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling,

Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.


Barisan ahli panel (Penjaga pesakit kanser)

1. Tuan Haji Badrulhaisham bin Shamsuddin

2. Pn. Azlina binti Othman

3. Pn. Wan Zeli Zulaifah binti Wan Kamarudin


Penyertaan adalah PERCUMA.Terbuka kepada semua khususnya Penjaga pesakit kanser dan pesakit/ survivor kanser.


Link pendaftaran : https://forms.gle/xzq1DZZs2yiw4BjC9 atau imbas kod QR yang tertera.

Pendaftaran sebelum 26 November 2021 (Jumaat)


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

CaRE: 03-97691011

KanWork: 013-5938627