Saturday, 23 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 36

Siri 36: TADARUS RAMADAN PKP

Setiap individu akan berusaha untuk khatam dengan membaca serta bertadarus Al-Quran di bulan Ramadan. Bagaimana tadarus Ramadan tahun ini? 

Berikutan PKP aktiviti bersemuka tidak dapat dilaksanakan. KanWork telah menganjurkan tadarus secara dalam talian (WhatsApp Group). Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan! 

Kami kongsi di sini pengalaman tadarus Ramadan ahli dalam PKP. Sebelum ini mereka bertadarus di surau/masjid secara berkumpulan. Di Ramadan ini, mereka meneruskan aktiviti tadarus seperti biasa secara online atau di rumah.

Puan H pertama kali bertadarus secara online. “… mengikuti program ini bersama Ustaz, tak sabar menunggu sesi ini setiap hari”. Begitu juga Puan N, “… kami teruskan guna Zoom, then WhatsApp, now guna Skype, rasa canggih dengan media”. 

Walaupun tidak bersemuka, tadarus alam maya juga “mengeratkan silaturrahim”, kata Puan U. Puan T dapati cara ini “… lebih fokus dan tenang”. Puan S pula terpanggil untuk membantu rakan-rakan yang lain untuk memperbaiki bacaan secara online. 

Ada juga yang bertadarus di rumah sahaja bersama keluarga. “…dulu berkumpul di masjid, sekarang berkumpul dengan adik-beradik”, jelas Puan Nz.  Cara ini juga menjimatkan masa kerana tidak perlu ke surau. “… kalau di surau, pukul 8 pagi mesti dah kena ada, habis pukul 11 pagi”. Lagi pun, “… di rumah ikut masa kita, nak baca sebanyak mana pun ok”. (Puan F).

Secara online atau di rumah, semua ada cabaran. Walau pun online tampak mudah, tetapi kalau ‘networking problem’, susah juga! Sesi live FB  bergantung kepada internet, “kadang-kadang ok, ada yang tersekat-sekat”, terang Puan H. Lazimnya, bila bertadarus, ada ustazah/ustaz atau rakan yang menyemak bacaan. Tetapi bila membaca seorang, perlu lebih berhati-hati, Puan F memperingatkan.

Tadarus masih di teruskan walau dalam situasi mencabar. Ia juga adalah ‘spiritual healing’ kepada para survivor. 

#################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau 
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment