Wednesday, 3 June 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami : Siri 39

Siri 39: RAYA PKP

Berlalulah sudah Ramadan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira


Itu lagu yang sering berkumandang apabila tibanya hari raya. Tahun ini agak berbeza. Tiada ‘open house’, tiada ziarah beramai-ramai, tiada ‘konvoi’ dari rumah ke rumah. Maksimum 20 orang di hari raya pertama. Hari lain? ‘Stay at home!’

Hari ini kami kongsi pengalaman 9 ahli KanWork beraya di bawah PKP.

Mereka menyambutnya secara sederhana dan penuh kesyukuran. Berhari raya bersama keluarga di rumah sendiri. Menurut Puan H, anak cucu berkumpul secara berperingkat. “…tetamu yang dekat sahaja datang berkunjung, tidak berziarah seperti biasa (Puan Mz). Puan N pun sedemikian. Hanya berhari raya bersama jiran sebelah.

Ramai yang terpaksa beraya diperantauan. Tidak dapat rentas negeri untuk balik kampung seperti kelaziman. Kesedihan menyelubungi jiwa. ‘Mood lagu Dendang Perantau is on!’ Walaupun jauh, silaturrahim tetap terjalin dengan ‘raya virtual/online’. “Kami buat meet call dengan mak abah dan adik di kampung”. Begitu juga cara Puan H, N, L dan S beraya dengan keluarga di kampung. Puan M beraya dengan anak-anak di luar negara melalui zoom.

Ada yang di uji dengan masalah kesihatan. Puan Z sesak nafas di malam raya, berkejar ke hospital untuk bantuan pernafasan. Beliau berhari raya di rumah dan dinasihatkan tidak menerima tetamu.

Bagi Puan A pula, walaupun dibawah PKP raya tahun ini istimewa; “...Alhamdulillah double celebration. 1st raya, juga tarikh birthday twin girl saya”.

Tradisi seperti memakai baju raya, menghidang juadah dan kuih raya tetap diamalkan. Duit raya pun tetap ada dengan cara yang baru. “… diberi pada anak jiran tanpa datang ziarah ke rumah”, (Puan H). Puan ZR memberi secara online! Solat raya dibuat bersama keluarga dirumah, bukan di masjid seperti kebiasaannya.

Walau apa pun yang berlaku, setelah sebulan berpuasa lebaran tetap diraikan tanda kemenangan. Bersyukur sihat dapat menyambut bersama yang tersayang. SOP raya dipatuhi. Inilah kebiasaan baharu kita.

No comments:

Post a Comment