Petaling Jaya, 19 Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Cook with PRIDE di Pejabat Breast Cancer Foundation. Sambutan Hari Wanita Antarabangsa turut diraikan semasa program ini. Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
Wednesday, 10 April 2019
Wednesday, 3 April 2019
PROGRAM PENDIDIKAN KanWork : LET'S TALK CANCER
Kuala Lumpur, 30 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Pantai Hospital Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Pendidikan yang bertajuk Let's Talk Cancer. Penceramah jemputan ialah Dr. Mastura Md. Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Pantai Hospital Kuala Lumpur.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang maklumat asas kanser, apa yang perlu diketahui selepas menjalani rawatan, adakah kanser terkawal serta kanser berulang dan simptom.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.
Monday, 1 April 2019
KanWork @ Kem Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat
Banting, 24 Mac 2019 Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program Kem
Kesihatan Komuniti Kempen Gaya Hidup Sihat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah,
Morib, Banting. Program ini adalah anjuran Persatuan Bekas Pelajar SMK Tengku
Ampuan Rahimah Klang (Alumni STAR Klang) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung
(MPKK). KanWork membuka booth kesedaran kanser semasa program ini. Terima kasih dan tahniah
kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini.
KanWork @ Program World Cancer Day Fun Run 2019
Putrajaya, 23
Mac 2019 Beberapa orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah menyertai Program
World Cancer Day Fun Run 2019 di Institut Kanser Negara. Terima kasih kepada MAKNA yang telah menaja ahli KanWork dan tahniah kepada pihak
penganjur di atas penganjuran program ini.
Saturday, 30 March 2019
KanWork @ Bone Health Workshop
Kuala
Lumpur, 9 Mac 2019 - Dua orang ahli Persatuan Kanser KanWork telah
menghadiri Bone Health Workshop di Pusat Perubatan Universiti
Malaya.
Intipati perkara yang
dikemukakan dalam Bone Health Workshop
berkisar tentang kesihatan tulang yang mungkin terjejas akibat penuaan, kesan
sampingan rawatan seperti kemoterapi dan terapi hormon (kemusnahan tulang
akibat rawatan kanser) dan metastasis
tulang.
Tulang menjadi tempat yang lazim bagi metastasis.
Metastasis tulang atau “bone mets”
terjadi apabila sel kanser dari tumor primer merebak ke tulang. Kanser prostat,
kanser payudara dan kanser paru-paru besar kemungkinan akan merebak ke tulang. Dengan
diagnosis dan rawatan yang sesuai, kebanyakan pesakit yang mengalami metastasis
tulang dapat mengekalkan kualiti hidup yang baik.
Oleh itu, penting sekali bagi kita untuk mengetahui tentang
kesihatan tulang. Tahniah
kepada pihak penganjur.
Wednesday, 20 March 2019
Monday, 18 March 2019
MESYUARAT AGUNG KanWork ke-14
Serdang, 16 Mac 2019. Persatuan Kanser KanWork telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-14 di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakannya.
Labels:
Agung,
Mesyuarat,
Persatuan Kanser kanWork
Location:
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)







