KanWork mengadakan pelbagai program dan aktiviti sokogan terutamanya kepada para pesakit, Kanser survivor dan ahli keluarga termasuklah program-program pencegahan, kempen-kempen kesedaran, pendidikan dan sokongan Kanser. Di antara aktiviti utama yang diadakan ialah :
- Siri Pendidikan dan Sokongan ahli yang diadakan pada setiap bulan.
- Siri Perjumpaan Ali Keluarga dan Kumpulan Sokongan Pesakit (The Carer’s Club)
- Aktiviti kumpulan sokongan yang dikendalikan oleh rakan survivor Kanser untuk pengidap Kanser yang bersedia untuk berbual, berkongsi pengalaman dan membantu di antara satu sama lain.
- Lawatan ke Wad : Melawat pesakit Kanser yang akan menjalani pembedahan dan/atau yang telah menjalani pembedahan di Hospital seperti di Hospital Putrajaya dan HUKM.
- Lawatan ke rumah : Melawat pesakit Kanser di rumah masing-masing.
- Sesi Bersama Rakan Survivor di Pusat Sumber Kanser Hospital Putrajaya pada setiap hari Selasa jam 10.00 – 1.00 tengahari.
- Menyediakan Pusat Sumber Kanser di Hospital Putrajaya yang memuatkan koleksi bahan pendidikan Kanser untuk rujukan pesakit dan orang awam.
- Jaringan rakan sebaya: Jaringan sokongan telefon rakansebaya (Helpline) diadakan bagi membantu pemangil berkongsi pengetahuan, pengalaman, masalah dan pelbagai situasi khusus berkaitan dengan Kanser.
- Sokongan Jaringan e-group: Satu kemudahan email untuk memudahkan komunikasi di kalangan ahli-ahli.
- Sokongan KanForum : diwuudkan bagi membolehkan para pesakit, Kanser survivor dan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar negara berkongsi apa jua maklumat dan pengalaman tentang Kanser.
- Aktiviti riadah dan sosial : Aktiviti Xi Gong, Wai Ta Qung, Aerobic, perjumpaan sosial dan lawatan sambil belajar dsbnya.
- Program sukarelawan : Sukarelawan dialu-alukan untuk menjalankan aktiviti pentadbiran, perkhidmatan sokongan, ’outreach’ dan lain-lain peluang.
- Pendidikan Komuniti : KanWork bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta golongan profesional perubatan lain bagi menganjurkan pelbagai program kesedaran dan pencegahan di peringkat komuniti.