Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan sukacita dan berbesar hati, KanWork ingin menjemput semua ahli KanWork untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Doa Selamat Pejabat Baru KanWork yang akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 5 Okt. 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 12.30 tghri
Tempat : B5-1-2, Blok B5, Apartment Putra Permai, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 433000 Seri Kembangan Selangor. (Berdekatan Mc Donald, Equine).
Aturcara :
11.00 am - 11.15am -Ketibaan dan pendaftaran
11.15 am : Doa, Aluan dan Bacaan Surah Al Baqarah dan Doa Selamat
12.15 am : Jamuan dan Ramah Mesra
12.30 pm : Bersurai.
Besarlah harapan kami agar seramai mungkin ahli dapat menghadirkan diri kerana kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan pembukaan/ pengoperasian Pejabat Baru KanWork ini bagi membolehkan KanWork memantapkan lagi pengurusan persatuan demi kebajikan ahli dan menyokong aktiviti bagi para pesakit Kanser khasnya.
Mohon sahkan kehadiran sebelum/pada Jumaat jam 10 pagi (4 September 2013) kepada:
*Mariana Mohd Yusoff—019-2349954 (marianamohdyusoff@gmail.com)
*Cik Mahfuzah Kamaruzzaman—013-6618672 (mackmahfuzah@yahoo.com)
bagi tujuan tempahan makanan.
Sekian terima kasih.
Mariana Mohd Yusoff
Setiausaha KanWork
No comments:
Post a Comment