PADA 20 Oktober 2013 bertempat di HGH Convention
Center, Jalan Sentul telah berlangsung Jamuan Makan Malam anjuran Persatuan
Guolin Qigong sempena ulangtahun ke-20 persatuan tersebut. Persatuan KanWork
telah berbesar hati menghadiri jamuan yang diwakili oleh Prof. Dr Mazanah
Mohamad, Pn. Luci, Pn. Rozila, Mr. & Mrs Ridwan dan Pn. Safinaz. We all
having fun pda malam itu. Tahniah kepada Persatuan Guolin Qigong atas ulang
tahun.
Acara kemuncak adalah perarakan para canser survivor ke
dalam dewan. Bermula dengan kumpulan
pertama; survivor 5 – 9 tahun. Kumpulan kedua; survivor 10-14 tahun dan
kumpulan ketiga adalah survivor melebihi 15 tahun. Sungguh teruja melihat aunty
dan uncle survivor yang melangkaui lebih 15 tahun melangkah dengan confident ke
atas pentas. Apalah agaknya rahsia mereka. Tak lain dan tak bukan adalah amalan
senaman qigong. Bila dirisik-risik, amboi! Hari-hari tak culas melakukan
senaman qigong. Memang tabik spring.
Kepada kawan-kawan sekalian bolehlah ambil iktibar di atas
kejayaan mereka ini. Dari itu mulakan senaman qigong hari ini. Tak perlu pergi
jauh-jauh ke Negeri Cina. Kat Bangi pun dah ada buka kelas senaman qigong ni.
Boleh mula melangkah ke Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada Sabtu jam
8-9 pagi. Kita ber’Qigong’ Sabtu ini beramai-ramai. Disamping dapat kesihatan,
boleh juga menjalinkan silaturrahim. Akhir kata, terima kasih Persatuan Guolin
Qigong atas jemputan.
Dapat cenderahati, mug ulangtahun ke-20. Terima Kasih! |
No comments:
Post a Comment