Lagi gambar sekitar Program Pendidikan KanWork "Cancer & Recurrence" pada 17 Januari 2015
Tuesday, 27 January 2015
Sunday, 25 January 2015
PROGRAM "CANCER & RECURRENCE"
KanWork, UPM 17 Januari 2015. Satu program pendidikan dan sokongan KanWork yang bertajuk “Cancer & Recurrence” telah diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu) di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan kerjasama di antara KanWork dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang kanser secara umum, meningkatkan pengetahuan tentang kanser yang berulang (recur), tanda-tanda awal, rawatan, dan langkah pencegahan. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberi sokongan kepada para pesakit kanser dan penjaga (carer).
Seramai lebih daripada 100 orang peserta telah hadir ke program ini. Mereka yang hadir terdiri dari pesakit kanser, survivor, penjaga (carer), kumpulan professional kesihatan (doktor & jururawat), sukarelawan kanser serta orang awam yang berminat. Program turut dihadiri oleh Dr. Rosliah Harun, Pemangku Pengarah, Bahagian Reproduktif Manusia, LPPKN yang mewakili Ketua Pengarah LPPKN. Di antara pengisian Program Pendidikan Kanser dan Sokongan edisi pertama untuk tahun 2015 ini ialah ceramah kanser dan kumpulan sokongan.
Ceramah kanser yang bertajuk “Breast Cancer & Recurrence” ini telah di sampaikan oleh Dr. Azlina Firzah Abdul Aziz, Pakar Perunding, Pembedahan Payudara, Hospital Pantai. Initipati ceramah yang beliau sampaikan adalah berkisar tentang pengesanan awal serta tanda-tanda kanser payudara, tahap kanser payudara, rawatan, kanser yang berulang dan simptom kanser yang berulang serta rawatan susulan. Beliau juga ada menyentuh tentang gaya hidup yang sihat untuk mengelakkan risiko kanser payudara serta hak-hak pesakit yang mempunyai masalah payudara ketika mendapatkan rawatan. Beliau juga menyeru supaya segera berjumpa dengan doktor jika terdapat tanda atau simptom awal kanser payudara. Ceramah di akhiri dengan sesi soal jawab yang mana ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta.
Sesi kumpulan sokongan di bawah kendalian Pn. Hamsiah (sukarelawan kanser) turut di adakan pada hari tersebut selepas tamat sesi ceramah. Seramai lebih kurang 30 peserta (kanser survivor, pesakit kanser dan carer) menyertai kumpulan sokongan ini. Sesi ini bertujuan untuk mereka berkongsi pengalaman tentang kanser. Dr Azlina Firzah juga turut serta dalam sesi kumpulan sokongan tersebut.
Satu kaunter permohonan bantuan subsidi prosthesis telah dibuka. Peserta yang berminat perlu mengisi borang dan akan dihubungi sekiranya memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan seperti yang dirancang dengan kerjasama semua pihak. Pihak KanWork berharap semoga para peserta yang hadir mendapat manfaat darinya dan pengetahuan yang di perolehi boleh dikongsi dengan orang di luar sana.
Monday, 19 January 2015
Friday, 16 January 2015
Peta ke Fakulti Pertanian, UPM
Peta lokasi Fakulti Pertanian, UPM vanue Program Pendidikan KanWork pada 17 Januari 2015 (Sabtu) sebagai panduan.
Friday, 9 January 2015
Jemputan ke Program Pendidikan KanWork pada 17 Januari 2015
Prof/Dr/Tuan/Puan ahli KanWork, rakan kongsi Kanwork serta Tuan/Puan yang dikasihi,
Persatuan KanWork akan menganjurkan satu ceramah bertajuk "Cancer dan Recurrence" pada 17 Januari 2015 (Sabtu) di UPM seperti maklumat di atas.
Jemputan ini terbuka kepada para pesakit, survivor, ahli keluarga(carer), profesional perubatan dan kesihatan serta sesiapa sahaja yang berminta.
Ianya adalah PERCUMA. Promosi subsidi prosthesis juga akan diadakan selain aktiviti kumpulan sokongan kepada para pesakit/survivor dan carer.
Semua dijemput hadir beramai-ramai.
PROGRAM KESEDARAN KANSER KANWORK DI MASJID AL-ANSAR
PROGRAM KEMBARA KESEDARAN KANSER KANWORK (3K) DI MASJID AL-ANSAR, TAMAN KERAMAT, KUALA LUMPUR
Persatuan KANWORK, 13 Dis 2014 (Sabtu). Program ini merupakan satu program kesedaran kanser yang dianjurkan oleh Persatuan Kanser Network Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Masjid Al-Ansar, Taman Keramat telah dipilih sebagai lokasi pertama dalam siri jelajah kesedaran kanser KanWork dan LPPKN. Seramai lebih daripada 100 orang warga jemaah kariah Masjid Al-Ansar telah meluangkan masa hadir dalam program ini.
Program 3K dimulai dengan bacaan doa oleh Imam 1 Masjid Al-Ansar, Ustaz Muliyadi bin Mohammed. Seterusnya, Tuan Nazir Masjid Al-Ansar, Tuan Haji Abd. Rashid bin Abd. Kadir telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Di dalam ucapan beliau, Tuan Nazir telah menyentuh tentang konsep doa dan kesihatan dalam Islam yang mana banyak doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. menitikberatkan soal penjagaan kesihatan dan permohonan kita agar diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Ta’ala. Kesihatan yang baik penting dalam urusan ibadah harian kita.
Timbalan Pengerusi KanWork, Datin Dr Nor Azizah Mat Taib telah menyampaikan kata-kata aluan dan memperkenalkan tujuan program ini diadakan. Di samping itu, beliau juga memperkenalkan KanWork kepada Jemaah masjid serta peranan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ucapan beliau banyak menyentuh tentang kepentingan ilmu dalam proses perjalanan rawatan kanser yang panjang khususnya kanser payudara. Beliau juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk tampil menjadi sukarelawan KanWork.
Dalam sesi perkongsian pengalaman, dua orang survivor dari KanWork iaitu Puan Wan Hanisah Wan Omar dan Puan Umi Purwati Sunoto telah berkongsi pengalaman mereka semasa didiagnos mendapat kanser payudara, sesi rawatan yang dijalani dan kehidupan sesudah kanser payudara.
Sebagai acara kemuncak, satu ceramah umum berkenaan kanser telah dikongsi bersama oleh Prof Dr Rohaizak Muhamad, Pakar Pembedahan (Payudara dan Endokrin), PPUKM. Di dalam ceramah beliau banyak menyentuh tentang jenis-jenis kanser yang sering dihidapi oleh masyarkat Malaysia, gaya hidup, permakanan, aktiviti senaman dan factor-faktor kanser terutamanya kanser payudara. Seterusnya, beliau menasihatkan para hadirin supaya peka pada perubahan pada diri sendiri and segera mendapatkan pemeriksaan awal dari hospital-hospital kerajaan mahu pun swasta bagi mengenal pasti punca perubahan tersebut. Ceramah beliau yang sangat bermanfaat ini diakhiri dengan sesi soaljawab, yang mana mendapat sambutan yang menggalakkan dari para hadirin.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah Pameran Kanser, Teknik Pemeriksaan Sendiri Payudara, Pemeriksaan kesihatan (ujian glukosa, ujian tekanan darah, BMI dll) oleh LPPKN, Pendaftaran subsidi mammogram oleh LPPKN, Urutan Tradisional oleh LPPKN (MAMACARE) dan Edaran Risalah Kesihatan.
Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Objektif untuk meningkatkan kesedaran dan memberi maklumat tentang penyakit kanser telah berjaya disebarkan kepada penduduk setempat. Diharap segala usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan oleh para petugas dan sukarelawan dari badan-badan yang terlibat akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah Ta’ala.
3K PROGRAMME
3K Programme "Kembara Kesedaran Kanser" 2014
Persatuan KANWORK. On 23rd November 2014, 21 KanWork members and volunteers made a 90 km journey to Kg Gadong, District of Rembau, Negeri Sembilan for its annual 3K programme (“Kembara Kesedaran Kanser”). The objective of the progamme was basically to instill cancer awareness to the community in Kg Gadong and its surrounding areas.
The programme was made possible with the support and cooperation from UMNO Cawangan Gadong and Umno Batang Nyamor (collectively known as “Peti Undi Gadong”) which set the venue for the 3K programme. Also participating in the event were our partners LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), Pejabat Kesihatan Daerah Rembau (PKD Rembau) and Nilai Medical Centre (NMC).
LPPKN provided publicity and the importance of Mammograms screening whilst PKD Rembau provided clinical tests for glucose, blood pressure and body mass index (BMI). NMC shared with the visitors its available medical facilities.
The response from the community was overwhelming with an unexpected turnout of almost 120 people who were treated to an introduction on KanWork and its objectives by our Deputy Chairman Datin Dr Nor Azizah Mat Taib. They were also given an eye opening talk by Dr Siti Rokiah Bt Kamarudin, a family medical specialist from PKD Rembau on the symptoms and detection of cancer, the types of cancer and its treatment. She also advised the audience to seek early treatment and medical advice from qualified medical personnel. Emphasis was on breast cancer and the importance of performing breast self examination and conducting regular mammograms and pap smear screening which is readily available at all government hospitals at no cost.
Our volunteers Pn Hajjah Asmah Salam and Puan Hajjah Rokiah who are breast cancer survivors also gave an inspiring talk on their experiences as cancer patients and how regular mammograms screening had led to early detection of breast cancer hence paving the way to early treatment.
Our other members and survivors also shared their experiences and also taught the attendees self breast examination techniques.
At 2.30 pm we had the honor of the presence of YBhg Dato’ Dr Awaluddin Said, ADUN Kota who graciously officiated the close of our Kembara Kesedaran Kanser at Kg Gadong amid his tight and busy schedule.
Overall, we had a very enjoyable time sharing and creating cancer awareness with the very supportive community of Kg Gadong and Batang Nyamor.
A million thanks go out to one and all who were involved in one way or another and the cooperation given by all parties concerned to make our event a success. Not forgetting the representatives from Peti Undi Gadong particularly Hj Azizi bin Yeop and Shamsul Azman bin Jaafar who made our 3K at Kg Gadong a reality…and for also filling our tummies with yummy traditional Negeri Sembilan cuisine.
We thank you all.
Subscribe to:
Posts (Atom)