Pengenalan:
Ini adalah kajian menggunakan sel darah putih pesakit, yang dipanggil sel dendritik, yang disuntik terus ke sel barah (di payudara, kelenjar limfa, tulang, hati atau paru-paru), dan juga diberi secara intravena. Ini diikuti rawatan radioterapi (13 kali) pada sel barah yang telah disuntik tadi.
Ciri pesakit yang layak:
- Barah payudara invasif (invasive carcinoma)
- Barah Her2 Negatif / Not amplified
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
- Maksima 20 buah lesi
- Setiap lesi bersaiz maksima 5cm
- Barah bertambah walaupun dengan kemoterapi.
- Jika ada rawatan kemoterapi sebelum ini, sudah berhenti selama minima 6 minggu
- Tidak boleh menjalani kemoterapi disebabkan masalah kesihatan (Contoh masalah buah pinggang, masalah jantung, penyakit saraf diabetik)
- Pesakit tidak mahu menjalani kemoterapi
- Tiada barah merebak ke otak
- Tiada cecair di paru-paru (pleural fluid)
- Tiada cecair di abdomen (ascites)
- Tiada barah lain selain barah payudara
- Tiada penyakit HIV, autoimun atau hepatitis B & C yang aktif
Pengenalan
Ini adalah kajian menggunakan rawatan intravena kemoterapi dan imunoterapi (trastuzumab) 8 kali setiap 3 minggu diikuti pembedahan. Diikuti pula dengan sambungan imunoterapi (trastuzumab) selepas itu sebanyak 10 kali setiap 3 minggu.
Ciri pesakit yang layak:
- Barah payudara invasif (invasive carcinoma)
- Barah Her2 Positif / Amplified
- Berumur 18-65 tahun
- Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
- Barah payudara hanya satu dan bersaiz minima 2cm.
- Tiada barah merebak ke organ lain (bukan Tahap 4)
- Tiada masalah kegagalan jantung, buah pinggang atau hati.
DENDRITIK- HASUMI
Pengenalan:
Ini adalah kajian menggunakan sel darah putih pesakit, yang dipanggil sel dendritik, yang disuntik terus ke sel barah (di kelenjar limfa, tulang, hati, paru-paru), dan juga diberi secara intravena. Ini diikuti rawatan radioterapi pada sel barah yang telah disuntik tadi.
Ciri pesakit yang layak:
- Mempunyai barah limfoma yang tidak sembuh dengan rawatan kemoterapi yang biasa
- Berumur 18-75 tahun
- Tidak mengandung atau menyusukan anak pada masa ini.
- Maksima 10 buah lesi
- Rawatan kemoterapi sebelum ini, sudah berhenti selama minima 3 bulan
- Tidak boleh menjalani kemoterapi disebabkan masalah kesihatan (Contoh masalah buah pinggang , masalah jantung, penyakit saraf diabetik)
- Pesakit tidak mahu menjalani kemoterapi
- Tiada barah merebak ke otak
- Tiada barah lain selain limfoma
- Tiada penyakit HIV, autoimun atau hepatitis B & C yang aktif
- Tiada masalah sakit jiwa/psikiatri
- Tiada masalah jangkitan kuman dalam darah (septicaemia)
- Tiada kegagalan paru-paru, jantung, buah pinggang, hati atau sum-sum tulang.
Jika berminat, untuk kajian
a. Barah payudara – sila hubungi Sudut Informasi Payudara (SIP) di talian 03-91457279
b. Limfoma – sila hubungi Pusat Terapi Sel (PTS) di talian 03-91457728 / 03-91457729
Tajuk : Jemputan Menyertai Kajian Barah Payudara & Limfoma di PPUKM
No comments:
Post a Comment