Tuesday, 19 May 2020

KanWork Stay @Home: Cerita Kami -Siri 34

Siri 34: KUIH RAYA PKP

Tidak sampai satu minggu lagi kita hendak menyambut raya. Bagaimana persiapan raya dalam PKP ini? Pastinya ada yang berbeza.

Hari ini kami kongsikan persiapan beberapa ahli KanWork (survivor) tentang kuih raya. Tidak lengkap hari raya tanpa kuih raya!

Ada yang buat kuih sendiri:
“… saya dah buat kuih cornflakes”. (Puan J) 
“… saya buat sendiri, 6 jenis, buat dengan anak-anak”. (Puan Z)
“… dah siap 5 jenis. 1 hari buat 1 jenis”. (Puan ZW)

Ada yang anak-anak sediakan:
“… anak-anak yang sediakan semua, saya masak menu raya je nanti”. (Puan N)
“…. Beraya rumah anak tahun ini, anak-anak semua siapkan”. (Puan M)

Ada yang beli:
“Dulu isteri urus. Tahun ni order online tapi tak sampai-sampai lagi!”. (OJ)
“…persiapan macam biasa, kuih semua dah beli”. (Puan RH)
“… saya order je biskut raya online, murah, buat sendiri pun kos lebih kurang tu juga”. (Puan A)


Ada juga yang baru hendak buat sendiri. Harap-harap sempat, sebab kebanyakan barang sudah ‘out of stock’ dan kena berbaris panjang sebelum masuk kedai dimusim PKP ini!

“… tengah rancang nak buat kuih raya, nak cari bahan-bahan” (Puan R)
“… baru nak keluar beli bahan-bahan, teringin juga nak buat sebalang biskut semperit, cornflakes, nestum”. (Puan NS)

Seronok bila kuih raya semua telah disiapkan dan disediakan. Tetapi bahaya juga, bukan apa, takut sudah habis sebelum Syawal tiba!

“… banyak dah habis separuh, hari-hari cucu makan!”. (Puan ZW)
“… order 10 jenis. Order awal, dah habis 5 balang!”. (Puan A)

Biarpun agak berbeza tahun ini namun ‘rasa’ raya tetap sama.  Mereka gembira membuat persiapan hari raya untuk keluarga. Ianya satu proses penyembuhan sendiri dalam menghadapi cabaran kanser.

###################################

Jom BERINFAK di RAMADAN yang mulia ini!
Sila layari : https://www.donate.kanwork.org
atau
8601945901
Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment