24 September 2016 (Sabtu), Taman Botani, Putrajaya. Persatuan kanWork. Dengan bertemakan “Beriadah. Beramal, program Walkhaton KanWork 2016 telah berlansung dengan meriah dan jayanya. Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor Kanser serta keluarga, para sukarelawan kanser dan orang awam telah sama-sama hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser, menggalakkan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat, menjana dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyokong pesakit kanser serta meraikan Sambutan 10 tahun penubuhan KanWork. Aktiviti –aktiviti menarik yang turut diadakan ialah pameran kesedaran kanser, sembang-sembang bersama pakar pemakanan, perkongsian bersama survivor kanser, gerai jualan, persembahan nyayian oleh busker, photo booth dan aktiviti kanak-kanak (bersama badut) serta Pertandingan Penajaan Peserta Terbanyak. Sempena sambutan 10 tahun KanWork, acara melepaskan belon turut diadakan di mana nama-nama ahli KanWork yang telah meninggal dunia diikat pada belon dan dilepaskan ke udara sebagai simbolik memperingati pemergian insan yang tersayang.
Walkhaton KanWork 2016 sesungguhnya telah berjaya menjadi satu platform untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli, membolehkan para pesakit/survivor dan ahli keluarga serta anggota masyarakat bersosial dan beriadah bersama-sama ke arah cara hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment