Wednesday 25 October 2017

Kempen Kesedaran Kanser Bersama Komuniti @Bukit Jelutong



BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21 OKTOBER 2017 (SABTU) - Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser Bersama Komuniti pada 21 Oktober yang lalu, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah ceramah kesedaran kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Perunding Perubatan Onkologi, Beacon Hospital), sesi perkongsian pengalaman bersama survivor, pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN (ujian glukosa, ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh, ujian kolesterol dan ujian PAP smear), teknik pemeriksaan payudara sendiri (PSP), sembang diet oleh  Prof. Madya Dr. Suhaina Sulaiman (UKM), pendaftaran subsidi mamogram dan pameran kesedaran kanser. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Bukit Jelutong dan telah dihadiri seramai 150 orang. Turut hadir pada program tersebut ialah Dr. Zaharah Binti Zainuddin yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.




BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21 OKTOBER 2017 (Saturday) - KanWork in collaboration with National Population and Family Development Board (LPPKN) and Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong has organized Cancer Awareness Campaign with Community. The half day programme was filled with activities such as talks on cancer awareness by Dr. Azura Rozila Ahmad (Medical Oncology Consultant, Beacon Hospital), sharing experience with survivors, health screening(glucose, cholesterol, blood pressure, body mass index (BMI), PAP Smear Test), Breast Self-Examination (BSE), diet talk by Assoc. Prof. Dr. Suhaina Sulaiman (UKM) mammogram subsidy, and cancer awareness exhibitions. This campaign received encouraging response from the community of Bukit Jelutong and attended a total of 150 people. Also present was Dr. Zaharah Zainuddin (Public Health Specialist, Selangor State Health Department). Thanks to those who have attended and participated in this programme.

No comments:

Post a Comment