Seri Kembangan, 12 November 2018 : Persatuan Kanser KanWork telah menyertai beberapa program anjuran agensi lain seperti Putra
Green Run 2018 (29 September di Universiti Putra Malaysia, anjuran UPM) dan Empowered's Lung Cancer Awareness Charity Run 2018 (11 November di Taman Metropolitan Kepong, anjuran EMPOWERED - The Cancer Advocacy Society of Malaysia). Selain
itu KanWork turut menjayakan program sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
Antara program yang disertai adalah Living with Breast Cancer Carnival (2 Oktober di Beacon Hospital, anjuran Beacon Hospital), AVON Pink Light Mall Hunt (27 Oktober di
Berjaya Times Square KL, anjuran AVON Cosmetics Sdn Bhd.), A Day of Creativity
(27 Oktober di Wisma Yayasan Budi Penyayang, anjuran Yayasan Budi Penyayang),
Aloha Pink Fitness Dance (28 Oktober di Pullman Putrajaya Lakeside, anjuran
Breast Cancer Foundation), Caring Beyond Cancer 4.0 (28 Oktober di Palace of
the Garden Horses, anjuran Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM) dan Batik
Fun Walk 2018 (4 November di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan
Budi Penyayang). Tahniah kepada penganjur dan terima kasih ahli serta sukarelawan KanWork yang menjayakan program.
No comments:
Post a Comment